Kejohanan Badminton Terbuka Perancis 2025 sudah pun bermula pada jam 4.00 petang tadi dengan Malaysia menghantar 14 orang wakil untuk memburu kejuaraan.

Berlangsung di Glaz Arena, Cesson-Sevigne, Terbuka Perancis merupakan kejohanan berstatus Super 750 dalam kalendar Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Baca Juga:

Dengan kejohanan yang berstatus sedemikian, ia pastinya menawarkan mata ranking tinggi dan hadiah wang tunai yang cukup lumayan.

Hadiah Keseluruhan Terbuka Perancis 2025

$950,000 (RM4,016,232.33)

Tewas di pusingan pertama

Pemain yang perjalanannya terhenti seawal pusingan pertama (Pusingan 32) akan menerima $950 (kira-kira RM4,016.39) bagi semua acara dipertandingkan.

Tewas di pusingan kedua (Round of 16)

Pemain perseorangan lelaki dan wanita yang tewas di pusingan kedua akan membawa pulang $2,850 (RM12,049.18).

Manakala, pemain dalam acara beregu lelaki, wanita dan campuran pula bakal meraih $3,087.50 (RM13,053.28).

Tewas di suku akhir

Pemain perseorangan lelaki dan wanita yang tewas di pusingan kedua bakal menerima $5,225 (RM22,090.17) manakala pemain dalam acara beregu lelaki, wanita dan campuran akan membawa pulang $5,937.50 (RM25,100.21).

Tewas di separuh akhir

Bagi pemain yang terlepas peluang untuk ke perlawanan akhir dalam semua acara dipertandingkan, mereka menerima wang tunai bernilai $13,300 (RM56,224.47).

Naib Juara

Naib juara bagi perseorangan lelaki dan wanita, mereka akan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai 32,300 (RM136,545.16 ).

Bagi kategori beregu lelaki, wanita dan campuran, mereka bakal menerima $33,250 (RM140,584.06).

Juara

Habuan yang cukup lumayan diterima juara perseorangan lelaki dan wanita apabila mereka akan membawa pulang $66,500 (RM281,168.12) manakala tiga kategori lain dalam acara beregu pula menerima $70,300 (RM297,234.87).

*15 peratus cukai dikenakan bagi setiap hadiah dimenangi pemain