Barisan pemain badminton negara terus berkampung di Eropah dan kini tumpuan mereka untuk meraih kejayaan di Kejohanan Terbuka Perancis 2025.
Bakal bermula petang ini, Terbuka Perancis yang berlangsung di Glaz Arena, Cesson-Sevigne itu merupakan kejohanan berstatus Super 750 dalam kalendar Persekutuan Badminton Dunia (BWF).
Baca Juga:
- Senarai Terkini 2025: Jurulatih Badminton Malaysia Yang Sedang Berbakti Di Luar Negara

- Peminat Mahu Rexy Mainaky Dikurniakan Gelaran Datuk Atas Sumbangan Besar Buat Badminton Negara

- Salim Samion, Jurulatih Kelahiran Malaysia Kini Bimbing Skuad Perseorangan Thailand

Dengan status kejohanan yang cukup tinggi tersebut, ia pasti menarik kehadiran pemain-pemain terbaik dunia dalam usaha merebut kejuaraan.
Kem Malaysia yang menamatkan saingan Terbuka Denmark minggu lalu dengan kemaraan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei ke separuh akhir turut tidak ketinggalan menghantar pemain terbaik ke kejohanan ini.
Kejohanan ini juga pastinya menjadi medan terbaik terutamanya buat sektor beregu lelaki yang sedikit mengecewakan di Denmark.
Berikut merupakan senarai penuh barisan pemain Malaysia yang menyertai Terbuka Perancis 2025:
Wakil Malaysia Di Terbuka Perancis 2025
Perseorangan Lelaki
1) Leong Jun Hao
Perseorangan Wanita
2) K. Letshanaa
Beregu Lelaki
3) Aaron Chia-Soh Wooi Yik
4) Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani
5) Man Wei Chong-Tee Kai Wun
6) Wan Arif Junaidi-Yap Roy King
7) Nur Mohd Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong
8) Ong Yew Sin-Teo Ee Yi
Beregu Wanita
9) Pearly Tan-M. Thinaah
10) Go Pei Kee-Teoh Mei Xing
11) Ong Xin Yee-Carmen Ting
Beregu Campuran
12) Chen Tang Jie-Toh Ee Wei
13) Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai
14) Wong Tien Ci-Lim Chiew Sien