Tumpuan barisan pemain badminton dunia kini beralih ke Terbuka Denmark 2025 selepas saingan Terbuka Arctic berakhir semalam.

Terbuka Denmark bakal diadakan di Jyske Bank Arena, Odense pada 14 Oktober itu merupakan kejohanan berstatus Super 750 dalam kalendar Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Baca Juga:

Dengan status kejohanan yang cukup tinggi tersebut, ia pasti menarik kehadiran pemain-pemain terbaik dunia dalam usaha merebut kejuaraan.

Kem Malaysia yang masih segar dengan kejayaan Pearly Tan-M. Thinaah selaku juara Terbuka Arctic dan Aaron Chia-Soh Wooi Yik muncul naib juara turut tidak ketinggalan menghantar pemain terbaik ke kejohanan ini.

Selain Aaron dan Wooi Yik, lima lagi pasangan beregu lelaki negara akan turut beraksi nanti dengan penyertaan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin, Arif Junaidi-Yap Roy King, Choong Hon Jian-Haikal Nazri, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi dan Nur Muhd Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong.

Sementara itu, Leong Jun Hao menjadi wakil tunggal negara dalam acara perseorangan lelaki selepas Lee Zii Jia kembali mengalami kecederaan dan terpaksa menarik diri.

Berikut merupakan senarai penuh barisan pemain Malaysia yang menyertai Terbuka Denmark 2025:

Wakil Malaysia Di Terbuka Denmark 2025

Perseorangan Lelaki

1) Leong Jun Hao

Beregu Lelaki

2) Aaron Chia-Soh Wooi Yik

3) Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani

4) Wan Arif Junaidi-Yap Roy King

5) Nur Mohd Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong

6) Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri

7) Ong Yew Sin-Teo Ee Yi

Beregu Wanita

8) Pearly Tan-M. Thinaah

9) Go Pei Kee-Teoh Mei Xing

10) Ong Xin Yee-Carmen Ting

Beregu Campuran

11) Chen Tang Jie-Toh Ee Wei

12) Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai

13) Wong Tien Ci-Lim Chiew Sien