Tular baru-baru ini tentang seorang pelancong yang datang ke Malaysia meluahkan rasa teruja apabila dapat mengunjungi rangkaian kedai runcit kecantikan mutlinasional dengan gedung terbesar di dunia.
Menerusi akaun TikTok @habitualolivia, dia berada di tengah-tengah Bukit Bintang kerana mahu mengunjungi rangkaian Sephora yang dikatakan cawangan terbesar di dunia.
Di dalam video itu, riak wajahnya cukup menggambarkan keterujaan melihat gedung rangkaian besar itu kerana menjadi idaman para wanita untuk menerokai pelbagai seleksi barangan kecantikan seperti komestik, wangian, penjagaan kulit dan sebagainya.
“Taman permainan sempurna seorang gadis,” tulisnya pada kapsyen.
@habitualolivia A girl’s perfect playground đŸ¤© #kualalumpurmalaysia #sephora #travelcontent
Apabila melihat ruangan, rupanya ramai rakyat Malaysia yang tidak mengetahui akan fakta tentang bangunan Sephora di Malaysia merupakan paling terbesar di dunia.
“Paling besar? Sebagai orang Malaysia, ini sesuatu yang baru untuk saya.”
“Malah, warga tempatan pun tak tahu.”
“Laaaah dekat Malaysia ke…hahahaha ya Tuhan baru aku tahu,”
“Baru tahu hari ini kat Malaysia Sephora terbesar. Ingat dekat New York City,” demikian reaksi warga tempatan apabila baru mengetahui akan perkara itu.
Sedikit perkongsian info berkenaan, ya, Sephora di Fahrenheit88, Kuala Lumpur, memang telah dibuka pada Januari 2020 dan diiktiraf sebagai gedung Sephora terbesar di dunia pada masa itu.
Dengan keluasan lebih 17,000 kaki persegi yang merangkumi dua tingkat, ia mengatasi keluasan gedung utama Sephora di bandar-bandar besar lain seperti New York.
Menariknya, Gedung ini memang direka khas sebagai “The Largest Beauty Playground” untuk menawarkan pengalaman yang luar biasa.