Seorang wanita Amerika berkulit hitam yang datang melancong ke Malaysia memberikan satu ulasan jujur yang mendakwa dirinya tidak menyukai Malaysia sepanjang berada di sini.
Berdasarkan video yang dikongsikan di platform TikTok, dia dengan jelas meletakkan teks di video sebagai penegasan yang mengatakan “Ya, saya pasti tidak akan datang kembali ke Malaysia, 0/10 tidak disarankan”.
Dia malah membandingkan dengan tahap hospitaliti di Vietnam dan Kambodia jauh lebih baik dari apa yang dihadapinya di Malaysia.
“Kembali ke Kambodia. Hospitaliti di Kemboja jauh lebih baik daripada ini. Saya pernah pergi ke Vietnam. Hospitaliti di Vietnam jauh lebih baik daripada ini. Jadi, 0 daripada 10. Saya tak saranakan ke Malaysia, sejujurnya.”
Walaupun Kuala Lumpur mendapat rating negatif, dia masih berkata Pulau Pinang pula masih boleh diterima. Di sisi lain, dia turut mendakwa rakyat Malaysia sangat biadap dan seperti mempersoalkan mengapa tidak melayan mereka.
Antara sebab yang membuatkan dia mempunyai tanggapan begitu adalah kerana sewaktu di Pulau Pinang tidak mendapat tempahan pemandu e-hailing walhal berada di kawasan berdekatan.
” Kami tidak mendapat pemandu e-hailing untuk datang jemput yang jauh hanya 9 minit sahaja dari tempat tempahan. Jadi kami lihat pemandu itu 9 minit sahaja jauhnya dari kami, kan? Kemudian, perkara berikut yang dilakukan oleh individu terbabit malah membatalkan tempahan.
“Adakah dia nampak kami atau apa? (Tanggapannya) Pemandu itu membatalkan disebabkan hanya disebabkan ternampak mereka. Sekali dia melihat kami sebagai seorang Amerika dan berkulit hitam, dia membatalkan tempahan tersebut. Itu sesuatu yang gila,” tegasnya.
Katanya ini bukanlah pertama kali yang dialami susulan sudah pernah terjadi beberapa kali sewaktu bersiar-siar di Malaysia.
Walaupun begitu, ramai netizen Malaysia meluahkan perasaan yang mereka tidak mengambil hati dengan kecaman tersebut dan berseloroh untuk wanita tersebut pergi ke negara lain untuk menikmati pengalaman dan hospitaliti pelancongan yang lebih baik.
Dalam pada itu, ada sebahagian individu luar negara yang pernah datang melancong ke sini berkongsi mereka mempunyai pengalaman yang baik
Salah seorang netizen turut berkongsi pendapatnya tentang isu pemandu e-hailing yang membatalkan tempahan bukan hanya berlaku di Malaysia sahaja, ia jura berlaku di negara lain seperti Australia dan boleh sahaja diselasaikan dengan membuat tempahan baru.
Bagaimanapun, pemerhatian netizen mendapati hantaran wanita itu memang mahu memburukkan Malaysia malahan sikapnya yang agak menjengkelkan turut tampak tidak disenangi ramai.