Rakyat Malaysia memang cukup terkenal dengan sifat baik hati di mata dunia namun ada segelintir pelancong didakwa sengaja mengambil kesempatan terhadapnya.

Terbaharu, tular satu perkongsian peniaga cendol tempatan yang mendedahkan taktik segelintir pelancong berkulit putih yang cuba mendapatkan makanan secara percuma.

Difahamkan pada permulaan gerainya didatangi dua orang pelancong backpacker Mat Saleh yang lalu berlakon bertanyakan soalan apakah makanan yang diniagakan.

Sebagai peniaga, dia langsung menyantuni pelancong berkenaan dengan menyatakan manisan yang dijual adalah cendol.

Peniaga Cendol Kantoikan Taktik Mat Saleh Cuba Dapat Makan Percuma
Sumber Gambar: Threads

“Oh cendol?, ini pengalaman pertama kali saya merasai cendol,” sambil meminta dua mangkuk kepada peniaga tersebut.

Setelah memenuhi pesanan yang dipinta, kedua-dua pelancong tersebut langsung memulakan sesi rakaman review sambil bermanis mulut dengan memuji berulang kali kesedapan juadah itu.

“Oh sedap cendol awak, sangat bagus, cendol sangat lembut, sangat berlemak,” kongsi peniaga cendol sambil mengiyakan sahaja respon pelangganan tersebut.

Setelah dilihat sudah selesai makan, peniaga tempatan itu langsung meminta bayaran daripada kedua-dua mat salleh berkenaan.

Difahamkan riak wajah pelancong itu berubah serta-merta bila diminta RM10 untuk dua mangkuk cendol yang dipesan berkenaan.

“Terbeliak mata dia. Dia nak bayar tu kita pergi gigil tangan dia nak bayar apa?” ceritanya dengan penuh emosi.

Peniaga cendol itu tetap utuh dengan pendirian peribadi iaitu setiap pesanan perlu dibayar tanpa mengira latar belakang seseorang.

Reaksi sedemikian rupa mungkin terjadi susulan sudah terbiasa mendapatkan makanan atau barangn secara percuma menerusi peniaga tempatan lain.

“Itulah cara terbaru diaorang untuk kenakan kita peniaga-peniaga,” dedahnya sebagai peringatan kepada orang awam.

Dia berpendapat review yang diberikan juga bukanlah kunci kepada kenaikan jumlah jualan selepas itu.

Tambahnya, taktik licik terbaharu yang dilakukan ini mula timbul susulan geng backpacker sudah tidak boleh meminta sedekah atau busking lagi seperti sebelum ini.

Oleh itu, dia mengandaikan jika kalau dengan taktik melakukan review itu berpotensi mendapatkan sebarang makanan secara percuma ditambah pula kebaikan rakyat Malaysia yang tidak lokek bersedekah.

Rentetan daripada itu, dia meminta para peniaga kecil untuk lebih berwaspada dengan taktik berkenaan dan jangan terlalu mengangungkan pelancong luar sehingga menjejaskan pendapatan sendiri.