Jose Mourinho dilaporkan telah menyebabkan Fenerbahce menanggung bil hotel sebanyak RM3.6 juta.
Mourinho menginap di Hotel Four Seasons yang mewah di Turkiye ketika dia mengendalikan Fenerbahce.
Dia tinggal di suite paling mahal di Hotel Four Seasons di tepi Selat Bosphorus, Istanbul selama 15 bulan.
Hotel tersebut dibina dan dibangunkan daripada bangunan Istana Ottoman abad ke-19.
Kekalahan Fenerbahçe dalam pusingan play-off Liga Juara-Juara UEFA menentang Benfica menjadi titik terakhir buat Mourinho.
Sebelum itu, beliau dilaporkan mengkritik pengurusan Fenerbahce dan Liga Turkiye.
Presiden Fenerbahce, Ali Koc kemudian mengumumkan pemecatan Mourinho.
Jumlah pampasan sebenar yang akan diterima Mourinho daripada Fenerbahçe masih belum didedahkan. Namun ada beberapa outlet mendakwa Fenerbahce harus membayar angka pampasan mencecah EUR15 juta.
Ketika kelab sedang berusaha mencari dana untuk membayar pampasan tersebut, Mourinho pula ada meninggalkan hutang penginapan hotel mewah yang berkelas diraja.
Menurut laporan, Fenerbahce memang tertakluk kepada klausa khas menanggung kos penginapan Mourinho.
Laporan oleh akhbar Yenicag di Turkiye mendedahkan bahawa penginapan Mourinho di suite paling mewah Four Seasons Hotel meninggalkan tagihan hutang bernilai EUR747 ribu (kira-kira RM3.6 juta).