Rakyat Malaysia cukup terkenal berbudi bahasa dan baik orangnya di mata dunia sekaligus menarik minat pelbagai pelancong untuk datang ke sini.
Namun, niat sekumpulan pelancong dari Bangladesh untuk berkongsi keterujaan datang melawat ke Malaysia buat pertama kalinya di media sosial telah bertukar menjadi episod hitam apabila dihujani komentar negatif dari netizen tempatan.
“Semoga selamat sampai ke Malaysia buat kali pertama. Doakan kami,” hanya sekadar meminta doa keselamatan untuk perjalanan mereka namun dihambur pelbagai komen biadap.
Antara komentar biadap dan tuduhan liar yang kami temui di hantaran pelancong dari Bangladesh itu:-
“Jangan sesekali datang ke Malaysia, balik ke Bangladesh.”
“”Pelancong atau bakal pekerja haram? Sila bawa barang-barang yang diperlukan seperti wang yang mencukupi untuk menampung hidup dan pakaian.”
“Dia datang tetapi tidak pernah kembali atau pergi.”
“Tolong jangan datang ke sini. Pergi ke tempat lain. Sudah terlalu ramai seperti anda. Anda mengganggu negara ini. Anda tidak dialu-alukan.”

Senario ini sememangnya memberi pandangan negatif di mata dunia terhadap negara Malaysia secara langsung menimbulkan perasaan tidak senang di kalangan pelancong terbabit.
Walau bagaimanapun, sebahagian netizen tempatan lain meluahkan kekecewaan dengan sikap segelintir rakyat Malaysia yang memilih untuk memberikan layanan baik kepada bangsa atau warna kulit tertentu sahaja dan boleh dikatakan sifat rasis masih menebal.
Tetapi bila pelancong dari Barat atau kulit berwarna putih datang ke sini, boleh pula memberi respon yang postif. Diharapkan agar kita berbudi bahasa dan berbuat baik tanpa mengira warna kulit, bangsa atau agama selepas ini.