Lamine Yamal mengakui sudah terbiasa melihat setiap gerak-gerinya dikupas secara terperinci sama ada di dalam atau di luar padang.

Bintang semakin meningkat naik Barcelona itu mendakwa dirinya menikmati tahap kemasyhuran yang dimilikinya sekarang.

Baca Juga:

Yamal  tidak berniat untuk mengelak daripada tumpuan walaupun kadang-kadang menerima perhatian yang tidak diingini dan kini benar-benar menikmati peranannya sebagai superstar sukan global.

Hanya mencecah usia 18 tahun, namun Yamal sudah pun menjadi tonggak utama di tahap tertinggi bersama Barcelona dan Sepanyol.

Selepas meledak pada usia 15 tahun, beliau telah meraih kejuaraan La Liga dan Kejohanan Eropah selain memenangi anugerah Kopa Trophy dan Golden Boy.

Pendapat Yamal Tentang Kehidupannya Kini

“Tidak, sejujurnya saya tidak kisah. Malah, saya menyukainya [ketika ditanya mengenai tumpuan ramai terhadapnya].”

“Sukar untuk saya bertindak seperti remaja 18 tahun biasa. Walaupun saya mahu, saya tetap tak akan mampu,” ujar Yamal menurut sumber laporan Goal.

“Remaja lain pergi dari sekolah ke rumah. Bagi saya, saya pergi ke latihan dengan jurugambar menunggu di depan rumah dan kanak-kanak di jalan memakai jersi nama saya.”

“Saya ingin pergi makan di restoran seperti orang biasa tetapi saya tak boleh kerana orang akan sentiasa menghentikan saya [untuk bergambar].”

“Ia perkara biasa kerana saya seorang yang terkenal. Jadi saya cuba lakukan perkara yang lebih ringkas seperti melawat ibu dan abang saya atau bermain permainan video.”

 

Sumber