Selepas memiliki kilang sendiri, kini Khairul Aming meluaskan lagi empayar perniagaannya dengan memiliki restoran sendiri di Kampung Baru.

Pengumuman itu agak mengejutkan kerana Khairul Aming sendiri mengakui dia memang berahsia selama ini tentang restoran tersebut.

Malah staf yang hadir ke temuduga untuk bekerja di Rembayung sebelum ini dibuka pun tidak tahu bahawa Khairul Aming adalah pemiliknya.

Restoran tersebut diberikan nama Rembayung, yang fokus kepada masakan ala kampung.

Khairul Aming bekerjasama dengan rakan rakan yang sudah berpengalaman dalam bidang restoran makanan.

Rembayung memberikan sentuhan suasana kampung yang mampu menampung 250 pelanggan pada satu masa. Dan ianya adalah restoran 2 tingkat.

Khairul Aming benar benar berharpa Rembayung bukan sahaja menjadi daya tarikan pelanggan dari dalam negara, malah turut menjadi tarikan pelancong dari luar negara yang mahu merasai masakan kampung di Malaysia.

Menurut Khairul Aming: “Selepas setahun simpan rahsia, i’m pleased to announce restoran pertama Khairulaming.

“Dengan menelan modal 4 juta ringgit, kita bina bangunan dari scratch di atas tanah kosong seluas 8,000 kaki di Kg Baru, jarak 9 minit dari KLCC. Ini adalah investment terbesar KA pernah buat untuk one single project

“Selepas 10 tahun dalam dunia online, i’m finally ready untuk mulakan langkah ke dunia offline. Ini adalah permulaan untuk planning KA 10 tahun yang seterusnya. Selamat datang ke Rembayung.”

Netizen rata rata terharu malah ada yang sebak kerana melihat kejayaan terbaru Khairul Aming selepas mengikuti kariernya sejak dari dulu lagi.

“Dia yang buka restoran aku pula yang sebak, tumpang bangga dengan Khairul Aming,” tulis seorang pengikutnya.

Yang lain pula berharap Khairul Aming akan terus terbang tinggi.

Ada juga yang sempat menulis bahawa mungkin nak mendapatkan tempat duduk di restoran ini pun bakal menjadi seperti ‘battle’ nak beli sambal di platform atas talian seperti sebelum ini.