Skuad bawah 23 tahun (B-23) negara akan turun menentang Vietnam pada aksi kedua kumpulan B Sukan SEA 2025 yang berlangsung di Stadium Rajamangala, Bangkok petang ini.

Perlawanan ini bakal menjadi medan penting buat anak buah Nafuzi Zain untuk menentukan sama ada akan berjaya melepasi peringkat kumpulan atau tidak.

Baca Juga:

Info Siaran Langsung Sukan SEA 2025 Malaysia vs Vietnam

Malaysia lawan Vietnam
Sepak mula: 5:00 petang, 11 Disember 2025 (Khamis)
Tempat: Stadium Rajamangala, Bangkok
Siaran Langsung: Astro Arena Bola 2 (802), TVS, TV Okey & RTM Klik

Anda mempunyai banyak pilihan untuk menonton perlawanan ini kerana Astro Arena bukan merupakan satu-satunya stesen televisyen tempatan yang bakal menyiarkan siaran langsung aksi ini, malah ia boleh ditonton di saluran TV Sarawak (TVS) dan TV Okey.

Untuk menyaksikan di laptop, komputer dan telefon pintar, anda perlu memiliki aplikasi Astro Go, Sooka dan melayari laman sesawang rasmi RTM Klik untuk menyaksikan secara ‘Live Streaming’ di saluran TV Okey serta laman sesawang TVS.

Sekiranya berjaya mengatasi Vietnam, Malaysia akan mara ke separuh akhir selaku juara kumpulan tetapi jika sebaliknya berlaku, mereka perlu menantikan keputusan perlawanan antara Thailand berdepan Timor Leste serta Indonesia menentang Myanmar.

Namun, seandainya skuad negara mencatatkan keputusan seri manakala Thailand menang ke atas Timor Leste, Malaysia akan layak selaku pasukan tangga kedua terbaik meskipun Indonesia berjaya mencatatkan kemenangan besar ke atas Myanmar.

Memang menarik untuk disaksikan keputusan penuh pada perlawanan petang ini.