Bernardo Silva menyatakan bahawa di Manchester City, tempat kedua adalah satu kegagalan. Hanya piala menjadi ukuran prestasi mereka setiap musim.

Bernardo Silva turut menganggap Manchester City era Pep Guardiola sebagai pasukan terbaik dalam sejarah EPL.

Dia berkata kepada BBC: “Apa yang Manchester City capai dalam 7 tahun pertama saya di sini adalah tidak normal.

“Kami menjuarai 7 Liga Perdana Inggeris, treble, quadruple domestik, mengutip 100 mata, mencipta rekod gol.

“Saya memang agak berat sebelah, namun saya boleh kata Manchester City bimbingan Pep Guardiola ini adalah pasukan terbaik dalam sejarah Liga Inggeris.

Bercakap tentang trofi, menurutnya, menamatkan saingan di tangga adalah kegagalan. Ianya tidak dapat diterima di Man City. Kerana kelab itu hanya menjadikan trofi sebagai ukuran.

Dia menambah: “Itu adalah sasaran kami [memenangi trof]. Kerana di kelab ini, jika tak menang trofi, ianya dianggap tak boleh diterima.

“Jika kamu tak menang trofi, kelab akan membuat keputusan lagi tentang masa depan kamu, itu perkara biasa. Ianya sebahagian daripada urusan di sini.

“Sama ada kamu membunuh atau kamu dibunuh. Itulah prinsip di sini. Itu sangat bagus.

“Kalau kamu nak main untuk Man City, kamu harus menang. Jika tidak menang, kamu tak layak di sini. Jadi, tekanan itu yang ada di bahu kami, dan ianya tekanan yang bagus yang kamu semua terima.”