Mulai 1 Januari 2026, semua penyedia perkhidmatan pesanan Internet dan media sosial dengan lebih daripada 8 juta pengguna di Malaysia akan disifatkan berdaftar sebagai pemegang lesen Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi (ASP(C)).

Langkah ini dilakukan melalui Peruntukan Deeming di bawah seksyen 46A Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang membolehkan pendaftaran secara automatik tanpa permohonan formal.

Apa itu Peruntukan Deeming?

Peruntukan Deeming diperkenalkan melalui pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan berkuat kuasa pada 11 Februari 2025.

Ia membolehkan mana-mana pihak disifatkan sebagai berdaftar melalui Perisytiharan Menteri, sekaligus dianggap sebagai pemegang lesen kelas dan tertakluk kepada semua obligasi di bawah akta tersebut.

Platform Media Sosial Dengan Lebih 8 Juta Pengguna Akan Berdaftar Secara Automatik Oleh MCMC Mulai 2026

Tujuan utama Peruntukan Deeming ialah menutup jurang pengawalseliaan terhadap penyedia perkhidmatan yang beroperasi dari luar negara.

Melalui peruntukan ini, penyedia perkhidmatan yang menjalankan aktiviti di Malaysia akan tertadbir selaras dengan undang-undang negara, mewujudkan pasaran dan obligasi kawal selia yang lebih seimbang dan menyeluruh.

Fokus keselamatan dan akauntabiliti

Inisiatif ini memastikan penyedia platform memikul tanggungjawab lebih jelas, khususnya dalam melindungi kanak-kanak dan keluarga.

Penyedia terlibat termasuk WhatsApp, Telegram, Facebook, Instagram, TikTok dan YouTube.

Pendekatan ini selaras dengan amalan antarabangsa dan memastikan akauntabiliti serta pematuhan undang-undang Malaysia secara konsisten.

Operasi penyedia perkhidmatan

Penyedia perkhidmatan yang telah berdaftar sebagai pemegang lesen ASP(C) akan kekal berdaftar dan mereka terus beroperasi melalui platform global seperti biasa.

Tempoh sah pendaftaran bagi mereka yang disifatkan berdaftar kekal sehingga ia dibatalkan dan selagi tidak dibatalkan, mereka mesti mematuhi semua obligasi pemegang lesen kelas.

Setelah ‘disifatkan berdaftar’, penyedia perkhidmatan mesti mematuhi peruntukan AKM 1998 beserta perundangan subsidiarinya, instrumen kawal selia lain yang dikeluarkan di bawah AKM 1998, syarat-syarat lesen kelas, serta undang-undang Malaysia yang relevan.

Platform Media Sosial Dengan Lebih 8 Juta Pengguna Akan Berdaftar Secara Automatik Oleh MCMC Mulai 2026

Kegagalan untuk mematuhi obligasi ini boleh membawa kepada tindakan kawal selia atau undang-undang, termasuk pengenaan denda atau penalti kewangan.

Bagi penyedia yang beroperasi dari luar negara, mereka tidak diwajibkan membuka pejabat fizikal di Malaysia, tetapi mesti melantik wakil tempatan yang bertanggungjawab untuk urusan pelaporan, penerimaan dokumen, serta memastikan pematuhan terhadap semua tanggungjawab sebagai pemegang lesen.

Kerjasama dengan agensi penguatkuasaan

Platform Media Sosial Dengan Lebih 8 Juta Pengguna Akan Berdaftar Secara Automatik Oleh MCMC Mulai 2026

MCMC akan terus bekerjasama dengan penyedia perkhidmatan dan agensi penguatkuasaan untuk memperkukuh keselamatan dalam talian, demi manfaat semua pengguna di Malaysia.

Untuk maklumat lebih terperinci mengenai pelaksanaan Peruntukan Deeming, anda boleh merujuk laman rasmi MCMC di sini.