Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dilaporkan telah mengumumkan meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) menerusi WhatsApp Group Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT).
Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Ketua Penerangannya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz telah mengesahkan perkara tersebut.
Baca Juga:
- Lebih Dua Tahun Dalam Buruan, Menantu Muhyiddin Dipercayai Hidup Mewah Di Timur Tengah

- Muhyiddin Yassin Lepas, Bebas 4 Pertuduhan Salah Guna Kuasa Untuk Rasuah RM232.5 Juta

- Muhyiddin Yassin Cipta Rekod, Jadi Bekas Perdana Menteri Kedua Yang Didakwa Dengan Rasuah

“Tan Sri memaklumkan mengenai perkara itu malam tadi,” kata Tun Faisal ringkas kepada Berita Harian.
Memetik laporan itu lagi, sumber dalaman parti menyatakan sebahagian ahli MPT membantah dan meminta Muhyiddin menarik balik keputusan yang buat beliau.
“Tan Sri (Muhyiddin) memaklumkan kepada ahli MPT di dalam kumpulan WhatsApp MPT pada malam tadi, beliau sedia berundur diri pada bila-bila masa
“Beliau nyatakan bahawa pandangan ini beliau sampaikan di dalam kumpulan WhatsApp Ahli Parlimen. Bagaimanapun hasrat Tan Sri dibantah oleh sejumlah MPT dan meminta beliau menariknya semula.
“Pada tengah malam, Tan Sri memaklumkan bahawa beliau sudah memuktamadkan keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PN dan berharap ahli MPT dapat menerima keputusannya,” katanya.
Menurut sumber lagi, ahli MPT masih berpendapat beliau wajar kekal dan terus menjadi Pengerusi PN.
Sementara sebahagian ahli MPT berpandangan PAS yang sepatutnya meninggalkan PN dan meneruskan hasrat mewujudkan semula Muafakat Nasional (MN) bersama UMNO.