Perikatan Nasional (PN) secara rasmi telah mengumumkan senarai calon bagi 169 Parlimen dan 116 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk berhadapan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang bakal berlangsung 19 November depan.
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan mewakili 74 kerusi Parlimen dan 41 DUN, Pas sebanyak 64 kerusi Parlimen serta 57 DUN.
Baca Juga:
- PRU15: ‘Titiwangsa Kekal Istimewa Di Hati Saya’ – Johari Ghani
- PRU15: Johari Nasihat Pengundi Nilai Prestasi Wakil Rakyat, Pilih Pemimpin Yang Cekap Dan Berkredibiliti
- PRU15: Tidak Sampai 24 Jam Diumum Sebagai Calon BN, Ustaz Kazim Dilaporkan Tarik Diri
Manakala, Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) mewakili PN di 20 kerusi Parlimen dan 14 DUN, Bersatu Bersekutu pula sebanyak 11 kerusi Parlimen serta empat DUN.
Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mempertahankan kerusi disandangnya iaitu Parlimen Pagoh dan Timbalan Pengerusinya, Tan Sri Abdul Hadi Awang pula masih tidak dapat kepastian. Walau bagaimanapun calon bagi Terengganu dan Kelantan diumumkan berasingan.
Berikut adalah senarai bagi 169 calon Bersatu yang akan bertanding pada PRU15, walau bagaimanapun terdapat beberapa calon PN yang masih ‘misteri’ khususnya di negeri-negeri Pantai Timur.
Berikut adalah senarai calon yang bakal bertanding mengikut negeri: