China kini sedang dalam fasa menggubal undang undang untuk mengawal drama televisyen di negara mereka yang terlalu banyak tentang lelaki CEO bercinta dengan wanita miskin atau tidak berpelajaran.
Ini bukan pertama kali kerajaan China mengawal kandungan drama dan filem di negara mereka. Walaupun ramai yang tidak berpuas hati kerana dianggap menghalang kreativiti.
Sebelum ini China mengawal cara berpakaian dan solekan pelakon lelaki yang dianggap terlalu cuba meniru drama Korea sehingga yang lelaki bermekap tebal.
Kerajaan sudah mengenakan kawalan ke atas pelakon lelaki agar tampil lebih maskulin dan dilarang untuk bermekap tebal atau berpewatakan seperti wanita.
Banyak papan tanda iklan melibatkan selebriti lelaki diarahkan diturunkan kerana mekap tebal tidak menepati piawaian baharu kerajaan.
Terbaru, pihak berkuasa China baru-baru ini telah mengeluarkan garis panduan bagi mengawal selia drama mikro berunsur percintaan CEO.
Garis panduan itu menekankan keperluan untuk mengelakkan promosi ideal yang mengagungkan perkahwinan dengan individu atau keluarga yang berkuasa dan kaya.
Selain itu, mereka turut memberi amaran agar tidak mencipta kandungan sensasi secara sengaja dengan mempamerkan kekayaan serta menonjolkan kuasa, lapor Guangdianshijie, media di bawah China Press and Publishing Media Group Co. Ltd.
Garis panduan yang dilaporkan dikeluarkan oleh Pentadbiran Radio dan Televisyen Kebangsaan China itu menegaskan bahawa para pencipta perlu berpegang kepada prinsip realisme ketika menghasilkan drama bentuk pendek yang menggambarkan komuniti keusahawanan.
Selain itu tidak terlalu mengagungkan mereka yang kaya sebagai orang yang mulia dan boleh memandang rendah kepada mereka yang miskin atau sederhana. Kerana setiap manusia itu ada hak masing masing di muka bumi.
Kandungan drama CEO bercinta dengan wanita miskin atau tidak berpelajaran dianggap membuatkan ramai rakyatnya mulai berkhayal.
Di mana wanita dari generasi muda mulai tidak mementingkan pelajaran dengan harapan, boleh menjual rupa untuk berkahwin dengan lelaki CEO yang kaya. Mereka juga mulai menganggap lelaki yang mulia itu haruslah kaya.
Lantas, semakin ramai wanita mulai memilih pasangan hidup kerana tidak berjumpa dengan lelaki kaya.
Para pencipta diminta supaya tidak menghidangkan jalan cerita yang tidak masuk akal atas nama realisme, serta tidak menggunakan teknik artistik yang absurd sebagai alasan untuk mereka-reka plot yang terlalu pelik dan tidak mempunyai nilai sebenar dalam masyarakat.
Amalan sedemikian dikhuatiri boleh memesongkan persepsi orang ramai terhadap usahawan China dan menjejaskan imej komuniti keusahawanan yang sebenarnya tidak sama seperti digambarkan.
Dalam drama China, CEO biasanya digambarkan sebagai seoraang lelaki muda yang tidak begitu banyak kerja. Realitinya, CEO di China rata rata bekerja keras dan hampir tak ada masa untuk bercinta.
Garis panduan itu turut menyatakan bahawa produser disarankan mengangkat CEO sebagai seorang usahawan dan kisah keusahawanannya.
Penerbit diminta mengelakkan promosi konsep perkahwinan yang bergantung atau “menumpang” kepada individu dan keluarga berkuasa serta kaya.
Selain itu, garis panduan tersebut menegaskan bahawa pengurusan terhadap drama mikro percintaan CEO perlu diperkukuh.
Antara langkah khusus yang dicadangkan ialah mengurangkan kuantiti, meningkatkan kualiti, serta mengelakkan penggunaan istilah seperti “CEO dominan” sebagai tajuk sensasi untuk menarik penonton.
China has banned dramas where rich CEOs and billionaires fall in love with poor girls.
They said such dramas were ruining the minds of girls and making them expect a rich man.
So many Indian girls love Korean dramas. They believe that a rich CEO will fall in love with them. pic.twitter.com/pQCW9YWVAy
— ︎ ︎venom (@venom1s) December 15, 2025
Ia juga menekankan bahawa drama bentuk pendek tidak boleh sengaja mencipta daya tarikan melalui kandungan yang mempromosikan materialisme, mempamerkan kekayaan, kuasa atau gaya hidup hedonistik. Ianya dianggap tidak sihat untuk pemikiran masyarakat.
Tema serta pembentukan watak utama tidak seharusnya menyimpang daripada nilai arus perdana, dan drama mikro juga perlu mengelakkan penyebaran pandangan seperti memperoleh sesuatu tanpa usaha, kejayaan segera, atau kekayaan dalam sekelip mata.