Uganda bukan sahaja tersingkir daripada persaingan ke pusingan 16 dalam Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) 2025, malah turut ada cerita menarik mengenai penyingkiran mereka.
Pada aksi terakhir peringkat kumpulan, Uganda yang dibimbing Paul Put perlu meraih kemenangan ke atas Nigeria untuk mara ke pusingan seterusnya.
Baca Juga:
- AFCON 2025: Maghribi Tundukkan Comoros 2-0, El Kaibi Pukau Peminat Dengan Gol Sepakan Gunting

- Daripada Reformis Kepada Gila Kuasa, Eto’o Desak Pengurus Guna Skuad Pilihannya Untuk AFCON

- Senarai Pemain EPL Yang Sah & Berpotensi Beraksi Di AFCON 2025

Harapan mereka untuk layak semakin sukar pada minit ke-28 apabila Nigeria membuka jaringan pada separuh masa pertama melalui Paul Onuachu.
Selepas itu segalanya tidak berjalan seperti yang diharapkan apabila mereka terpaksa menggunakan ketiga-tiga penjaga gol dalam perlawanan tersebut.
Uganda Pulang Hampa
Ia bermula dengan kecederaan dialami penjaga gol veteran, Denis Onyango yang terpaksa digantikan sebaik sahaja memasuki babak kedua kerana mengalami kecederaan lutut sewaktu kedudukan masih lagi terikat tanpa jaringan.
Kesakitan berterusan itu memaksa penjaga gol berusia 40 tahun itu digantikan dengan Salim Jamal Magoola.
Salim Jamal bagaimanapun hanya dapat beraksi selama 11 minit apabila beliau diperintahkan keluar padang susulan tindakannya menggunakan tangan untuk menyelamatkan bola di luar kawasan penalti dalam usaha menafikan peluang dimiliki Victor Osimhen.
Keadaan itu menyebabkan penjaga gol ketiga, Nafian Alionzi pula terpaksa dimasukkan yang akhirnya menyaksikan beliau pada minit ke-59.
Hanya selepas tiga minit beraksi, Alionzi dibolosi hasil jaringan Raphael Onyedika Nwadike dan pemain tengah tersebut menambah gol kedua peribadi pada minit ke-67.
Dengan kekalahan 1-3 tersebut, Uganda pulang kecewa dan Tanzania berjaya mengiringi Nigeria serta Tunisia dari kumpulan C untuk ke pusingan 16.