Nama Donald Trump sekali lagi mencetus kontroversi susulan operasi ketenteraan Amerika Syarikat terhadap Venezuela, hanya beberapa minggu selepas beliau menerima FIFA Peace Prize.
FIFA Peace Prize 2025 adalah anugerah sulung seumpanya. Dan ianya satu anugerah yang diberikan kepada pemimping yang dianggap mendukung keamanan sejagat.
Trump masih melobi untuk memenangi Hadiah Kemanan Nobel. Dengan rakan sekutunya seperti negara haram, kuat melobi nama Trump untuk dia memenangi anugerah Nobel.
Pada Disember 2025, Presiden FIFA, Gianni Infantino kemudian mewujudkan anugerah baharu yang digelar FIFA Peace Prize, yang diberikan kepada Trump. Ia dianggap anugerah atau hadiah keamanan penting dalam usaha Trump mahu menjadi pemenang Nobel.
Donald Trump sebagai penerima sulung, dipuji atas peranannya dalam usaha diplomasi global dan digambarkan sebagai tokoh yang menyumbang kepada kestabilan dunia.
Namun, naratif itu berubah dengan pantas. Ini selepas beberapa siri kontroversi melibatkan Trump.
Serangan ketenteraan ke atas Venezuela yang dikaitkan dengan pentadbiran Trump mencetus kecaman antarabangsa. Tindakan tersebut dilihat bercanggah dengan prinsip keamanan dan mencetus persoalan tentang kesesuaian penganugerahan tersebut.
FIFA Pilih Berdiam
Di tengah-tengah kritikan global, FIFA kini berdiam diri di atas perkara ini. Ramai pihak mendesak FIFA menarik balik sahaja hadiah keamanan kepada Trump itu.
Hal ini kerana FIFA seringkali melaungkan slogan ‘football unites the world’.
Namun sehingga kini, FIFA enggan mengulas sama ada anugerah itu masih relevan selepas perkembangan terkini. Sikap berdiam diri ini akhirnya menjadi isu tersendiri.
Kredibilti FIFA Terus Dipertikai
Kredibiliti badan bola sepak dunia itu terus menuai kritikan. Ini kerana tindakan mereka sebelum ini yang dianggap double standard ke atas beberapa negara.
Misalnya pasukan bola sepak kebangsaan dan liga Rusia terus digantung hanya selepas 4 hari negara itu menyerang Ukraine.
Sedangkan negara haram pula terus dibenarkan beraksi tanpa halangan walaupun mereka terlibat dalam jenayah kemanusiaan.