Memang tidak dinafikan, barangan hobi boleh dijadikan sebagai pelaburan kena dengan gayanya. Sebagai contoh, baju vintaj dan kad pokemon sudah menjadi satu medium pelaburan untuk generasi hari ini.

Perkara ini boleh dikaitkan dengan laporan ohBulan mengenai seorang pelakon wanita tempatan yang berkongsi hobi terbaharunya untuk tahun 2026 adalah mengumpul koleksi kad pokemon.

Sweet Qismina Pilih Kumpul Kad Pokemon Sebagai Pelaburan
Sumber Gambar: OhBulan

Menariknya, artis bernama Sweet Qismina atau nama penuhnya Farhanna Qismina Supandi, 28 mendakwa ia bukan sekadar hobi biasa malahan satu medium pelaburan alaf baru.

Tidak sekadar mendapat sokongan kuat daripada suaminya, galakan selebriti Harris Annua yang berpengalaman membuat dia lebih yakin untuk terjun di dalam arena ini.

“Saya ada hobi baru, terjatuh cinta dengan kad Pokemon. Bermula daripada TikTok, saya nampak seorang budak muat naik satu kad sampai menangis. Saya cari harga kad itu, 5 angka.

“Daripada itu, saya mula fahamkan apa itu kad Pokemon. Sebab saya baru tahu kad itu boleh buat pelaburan. Kalau beli dengan harga sekian-sekian, boleh cecah beribu kalau PSA 10 masa hantar grading. Tambahan pula, kawan kami iaitu Harris Annuar banyak cerita. Dia melabur 5 angka dan boleh cecah 6 angka sebagai pulangan,” ulasnya.

Buat masa ini, dia berkata baru sahaja berbelanja sekitar RM100 untuk kad pokemon namun percaya berpotensi meraih pulangan yang lumayan lebih dari RM1,000.

Walaupun mempunyai visi jelas dengan pulangan daripada pelaburan tersebut, dia masih mengganggap ia sebagai hobi peribadi sahaja dan tidak mengambil serius jika kad pokemon yang dimiliki kehilangan nilai.

“Saya baru beli satu kad dalam RM100 lebih. Orang kata, kalau hantar pergi grading boleh cecah seribu lebih.
Saya belum melabur sampai beribu. Baru 1 ke 2 kotak.

“Saya tiada hobi. Saya cepat bosan. Lain dengan Adam, semua benda dia buat.Saya jenis ikut saja Adam. Bila ada hobi baru, dia sokong saja.

“Bila kita kata hobi, ianya tidak menjanjikan dapat pulangan. Saya anggap macam zaman kanak-kanak dulu kumpul kad. Janji apa yang saya beli itu, saya suka dan bukan sekadar untuk pelaburan, katanya lagi.