Kad pokemon yang dahulunya menjadi hobi biasa-biasa je, kini boleh berubah menjadi pelaburan yang berbaloi jika mahir dengan pemilihan bundle kad yang unik atau edisi terhad.
Dengan memiliki kad tertentu boleh mencecah puluhan ribu ringgit jika ada permintaan tinggi.
Terkini, seorang pemuda tempatan telah menarik perhatian warganet apabila dia mahu menjual keseluruhan koleksi kad pokemonnya dengan harga mencecah lebih sejuta Ringgit Malaysia menerusi siaran di Facebook.
Pemuda itu menegaskan koleksi kad yang dimiliknya memang mengandungi sejumlah bundle yang rare sekaligus mempunyai nilai yang tinggi.
Berdasarkan anggaran yang dibuat menerusi satu aplikasi khas, ia memberikan nilai keseluruhan kad miliknya mencecah RM2 juta.

Mana tidaknya, melihat koleksinya sahaja sudah memenuhi sebuan ruang bilik dengan sebahagian kotak edisi yang masih belum dibuka dan tidak termasuk lagi koleksi kad rare yang sudah digred dengan PSA10 berharga cecah ribuan ringgit bagi setiap satu.
Apa yang menariknya, dia sedia memberikan satu kad anime terkenal lain yang rare dan menjadi dambaan para peminat kad iaitu One Piece yang mana tidak kurang hebatnya apabila mencecah RM50,000 untuk nilai keseluruhan yang akan diberikan secara percuma sahaja kepada pembeli yang bertuah.

Memandangkan dia tidak terdesak, maka tuan badan masih mencari pemberani yang sanggup membelinya pada harga RM1.8 juta dan ketika ini pembida tinggi hanya sekitar RM1.68 juta sahaja.
Menariknya, dia juga sudi terima tawaran untuk bertukar dengan sebuah kereta sport model Porsche 911 Carerra 4S serta tambahan RM1 juta lagi untuk mendapatkan koleksi kad miliknya itu.
Dia juga sedia memberikan komisen buat sesiapa yang berjaya mencari pembeli sebenar dengan ganjaran mencecah RM50,000.

Setakat ini, ada beberapa pemberani yang berkongsi di ruangan komentar sedia menawarkan RM1.6 juta dalam bentuk tunai kepada lelaki tersebut.