Antoine Semenyo menjadi rekrut baharu Manchester City dari Bournemouth. Pemain sayap itu dibeli dengan nilai perpindahan sekitar £65 juta termasuk bonus.
Semenyo sudah menikmati beberapa musim yang cemerlang di Bournemouth. Pep Guardiola mulai berminat dengannya untuk memperkuatkan lagi barisan serangan pasukan mereka.
Semenyo turut menarik minat daripada beberapa kelab lain termasuk Manchester United. Namun dia telah memberitahu ejennya dia hanya mahu ke Man City menyertai Pep Guardiola.
Selain itu dia mahu bermain di peringkat eropah secara konsisten selepas ini. Jadi Manchester City adalah pilihan terbaik.
Manchester City secara rasmi memperkenalkan Semenyo sebagai pemain baharu mereka dengan satu video ringkas.
Ready to be part of this journey 🩵 pic.twitter.com/HqdWaalk66
— Manchester City (@ManCity) January 9, 2026
Semenyo turut mengucapkan terima kasih kepada Bournemouth dan penyokong kelab tersebut yang telah melayannya dengan sangat baik selama ini.
Semenyo memilih untuk memakai jersi no.42 yang menjadi nombor yang dia pakai ketika di Bristol City.
🚨🔵 Manchester City confirm Antoine Semenyo as new signing, set to wear number 42.
“It was my first number at Bristol City when I first signed and that always stuck with me. It was either 42 or 24, and 24 wasn’t available so I went back to my first number”. pic.twitter.com/EnaifgEVvA
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) January 9, 2026
Semenyo kini boleh membuat debut pada aksi Piala FA hujung minggu ini. Dia akan menjadi pemain penting Guardiola dalam usaha kelab itu mengejar Arsenal dalam persaingan kejuaraan Liga Perdana Inggeris.
Pada ketika ini, Man City 6 mata di belakang skuad Mikel Artetaa.