Bayangkan anda bangun pagi, buka mata sahaja terus nampak sinki dan dapur gas. Bukan sebab anda tertidur masa masak sahur, tapi itulah realiti ‘bilik tidur’ yang disewa pada harga RM450 sebulan.

Baru-baru ini, tular di media sosial tentang sebuah penyenaraian unit sewa menunjukkan sebuah ruang dapur yang telah diubah suai secara drastik menjadi bilik tidur, sehingga mengundang pelbagai reaksi netizen yang antara percaya dengan tidak.

'Buka Mata Terus Nampak Sinki' - Netizen Terkejut Lihat Bilik Sewa 'Dapur' RM450 Sebulan
Sumber Gambar: Mudah.my
'Buka Mata Terus Nampak Sinki' - Netizen Terkejut Lihat Bilik Sewa 'Dapur' RM450 Sebulan
Sumber Gambar: Mudah.my

Menerusi penyenarian sewa di platform Mudah.my, individu yang menawarkan berkongsi beberapa buah gambar keadaan “bilik” tersebut yang dipercayai berkeluasan sekitar 200 persegi sahaja dengan deposit ansuran serendah RM100 buat rakyat Malaysia sahaja.

Yang lebih menarik lagi, si penyiar turut meletakkan ia sebagai unit yang sudah dilengkapi perabut sepenuhnya dengan kelebihan jarak berjalan kaki sekitar 5 minit untuk ke pengangkutan awam LRT&MRT Maluri.

Bagaimanapun, netizen meluahkan rasa terkejut dengan penawaran terbabit kerana sudah sampai tahap mengubahsuai ruang tersebut dengan menjadikan ia sebagai bilik sekaligus didakwa menjana keuntungan tambahan segera.

“Ya Tuhan..dapur cemana pun ada ‘bau’ dapur tu..cemana lah boleh dibuat bilik.”

“Macam ruang dapur je. cam kelako lak katil kat dapur.”

“Lain macam studio house dia.”

Bagaimanapun, agak mengejutkan apabila seorang netizen berkongsi yang dia memang sedang menyewa unit sebegini dengan menyertakan gambar sebagai bukti.

'Buka Mata Terus Nampak Sinki' - Netizen Terkejut Lihat Bilik Sewa 'Dapur' RM450 Sebulan
Sumber Gambar: Threads

Mungkin kerana murah dan jarak ke tempat kerja yang lebih dekat maka ada yang sanggup menjadi penyewa.

 

 

 

Sumber