Fabrizio Romano melaporkan bahawa perpindahan Marc Guehi ke Man City dalam proses formaliti untuk pengesahan rasmi.
Beberapa minggu lalu, pengurus Palace, Oliver Glasner menyatakan bahawa, Man City boleh memiliki Guehi pada Januari ini, jika harganya memuaskan hati kelab.
Glasner menegaskan bahawa dia berada di persimpangan di mana dia harus menerima apa sahaja keputusan kelab yang mungkin akan memikirkan faktor kewangan berbanding kesukanan dalam perpindahan Guehi.
Pada pra musim yang lalu, Guehi hampir pasti menyertai Liverpool. Namun perpindahan itu disekat oleh Palace saat akhir selepas Glasner bengang kerana terlalu ramai bintang dilepaskan.
Kini Guehi dalam 6 bulan terakhir dalam kontraknya bersama Palace. Dan akhirnya City hadir dengan tawaran sekitar £20 juta sahaja.
Marc Guehi sudah setuju dengan syarat peribadi yang ditawarkan Manchester City kepadanya.
Guehi konsisten memberitahu Palace bahawa dia tidak akan melanjutkan kontraknya bersama kelab itu.
Harga ini adalah £15 juta lebih rendah daripada valuasi harga pemain itu pada musim panas lalu, sekitar £35 juta.
Liverpool sebelum ini menawarkan harga £40 juta untuk membeli pemain itu.
Guehi menjadi pemaain kedua ditandatangani Pep Guardiola dan Man City selepas Antoine Semenyo.
🚨💣 BREAKING: Marc Guehi to Manchester City, HERE WE GO! 💙
Official proposal accepted by Crystal Palace right now — understand fee will be around £20m.
Guehi has ACCEPTED move to #MCFC.
Exclusive story, now confirmed. 🧨 pic.twitter.com/Vo4bKmyzCU
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) January 16, 2026
Ianya tambahan sangat berguna buat Man City dalam usaha mereka mengejar Arsenal di dalam persaingan kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini.