Hari ini, 20 Januari 2026 merupakan hari pertama Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 disalurkan kepada individu-individu yang layak.

Menerusi hantaran X.com Kementerian Kewangan (MOF), sebanyak RM1.1 bilion disalurkan kepada 5 juta penerima mulai hari ni secara berperingkat.

Bagi isi rumah berpendapatan RM2,500 dan ke bawah bakal menerima RM200 hingga RM500.

Sementara bagi isi rumah berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000 akan menerima RM100 hingga RM200.

Bagi warga emas yang berpendapatan RM5,000 dan ke bawah pula akan menerima RM150.

Bantuan itu disalurkan secara dikreditkan terus ke akaun bank masing-masing.

Sementara bagi individu yang tidak mempunyai akaun bank akan menerima pembayaran bantuan secara tunai menerusi cawangan-cawangan Bank Nasional Berhad.