Bayangkan, memiliki enam buah rumah sewa yang menjana pendapatan pasif setiap bulan, namun di atas kertas, anda adalah seorang ‘golongan marhaen’ B40. Kedengaran mustahil?
Baru-baru ini, tular satu pendedahan berani seorang individu yang mendakwa sengaja mengekalkan status B40 semata-mata untuk memburu bantuan STR dan biasiswa JPA.
Menerusi tangkap layar yang menular di platform Threads, seorang individu dengan bangganya mendakwa mempunyai 6 buah rumah yang disewakan tetapi masih menerima bantuan kerajaan dengan alasan perancangan kewangan.

“Syukur lulus…MyKasih + STR setahun RM1.9k je.
Orang tanya kenapa aku masih stay B40 sedangkan ada 6 buah rumah sewa? Sebab aku nak anak-anak aku dapat biasiswa
JPA.
“Satu anak degree = RM65k ditanggung kerajaan.
STR 10 tahun pun baru RM19k. Masa depan anak aku jauh lebih bernilai.
“Sebab tu aku tahan nak beli kereta elektrik, nak itu ini…
Ayah ni tak mintak banyak.
Cukup dapat tengok anak-anak berjaya.
Itu ‘kaya’ sebenar,” tulisnya dengan bangga.
Malah, melalui semakan orang ramai ke ruangan media sosial peribadinya, dia memang berkongsi tentang aset rumah yang dimilikinya untuk tujuan sewaan.


Ini perkongsian hartanah terkini yang dimilikinya setakat ini:-

Tindakan ini bukan sahaja mencetuskan kemarahan netizen, malah membuka mata kita tentang kelompangan sistem bantuan yang mungkin sedang dieksploitasi oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
“Rumah sewa 6 buah dapat STR. Harapnya kerajaan dapat ambil tindakan kepada orang sebegini. Saya memang dengan sengaja tidak padam nama dan maklumat individu ini.Berhentilah makan harta cara haram sebegini.
“Bodo la update macam ni. Aku ni tak layak dpt str skrg pun tgh mengagau nak hidup. Kau dgn lantang bgtau ada 6 biji rumah. Pdahal aku sebijik rumah pun xdak. Harey sungguh..
“Bantuan kerajaan ni untuk bantu ringankan beban, bukan bantu untuk engko bayar komitment.Masa depan anak dia je lah yg bernilai? Anak org lain tak pe?
“Ya ambillah hak org lain bang. Balasan akhirat nnt kaya juga. Good luck. Dgn humble bragging abg ni, sy rasa majoriti pembayar cukai termasuk saya tak redha bantuan disalur kpd abg,” demikian komentar dari netizen.