Pendahulu Liga 1 Indonesia, Persib Bandung dilaporkan semakin hampir untuk mendapatkan khidmat bekas bintang Paris Saint-Germain (PSG), Layvin Kurzawa.

Berusia 33 tahun, Kurzawa yang pernah menyarung jersi skuad kebangsaan Perancis beraksi di posisi bek kiri.

Baca Juga:

Beliau membuat 154 penampilan bersama PSG dalam semua pertandingan dan berjaya menghasilkan 14 gol serta mencipta 23 bantuan jaringan.

Kurzawa kini berstatus ejen bebas sejak meninggalkan kelab Portugal, Boavista pada musim panas lalu.

Perkembangan terkini mengenai minat ditunjukkan Persib Bandung yang dikendalikan Bojan Hodak itu disahkan laman Foot Mercato. Difahamkan beliau akan menandatangani kontrak selama enam bulan.

Kurzawa Bakal Ke Persib Bandung

“Minat yang didedahkan dalam laporan kami mengenai Persib Bandung terhadap Layvin Kurzawa telah mencetuskan perhatian besar di Indonesia pada Ahad lalu.”

“Dua hari kemudian, kami kini boleh mengesahkan bahawa bekas pemain antarabangsa Perancis itu bakal menimba pengalaman baharu di Indonesia.”

“Pemain bek kiri berusia 33 tahun itu, yang berstatus ejen bebas sejak meninggalkan Boavista pada musim panas lalu, telah mencapai persetujuan dengan Persib Bandung bagi kontrak sehingga penghujung musim dan kini hanya menunggu penerbangan untuk menyertai pasukan baharunya.”

“Pilihan ini sama sekali bukan satu keputusan biasa, kerana Kurzawa tidak menyertai sebarang pasukan. Persib merupakan gergasi sebenar bola sepak Asia, yang telah layak ke pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara Asia 2, kejohanan yang turut disertai Al Nassr kendalian Cristiano Ronaldo.”

Sumber