Pengendali Persib Bandung, Bojan Hodak memberikan sebab mengapa pasukannya menandatangani penjaga gol baharu iaitu Kevin Ray Mendoza dari Kuala Lumpur City.
Baru-baru ini, Kevin diumumkan sebagai pemain baharu bagi Persib dimana beliau dibawa masuk pada hari terakhir jendela perpindahan kedua saingan Liga 1 musim 2023/2024.
Baca Juga:
- Kevin Ray Mendoza Sertai Persib Bandung
- Piala MFL: Ini Sebab Hairuddin Omar Letakkan Ubaidullah Di Posisi Tengah
- TRW Kelantan Berisiko Ikut Jejak Langkah Melaka United Dan Sarawak United
Ramai yang mempersoalkan tindakan Bojan mendapatkan penjaga gol baharu berbanding memperkuatkan posisi lain dalam pasukan memandangkan Persib sudah mempunyai penjaga gol yang beraksi bersama skuad kebangsaan iaitu Teja Paku Alam.
Menurut perkongsian wartawan The Star iaitu T.Avineshwaran, Bojan Hodak mahu seorang lagi penjaga gol yang mempunyai kualiti terbaik seperti Kevin Ray Mendoza kerana saingan Liga 1 yang masih panjang.
Saingan musim 2023/2024 menyaksikan terdapat sedikit perubahan dalam format liga dimana empat pasukan teratas dalam carta liga akan mara ke penentuan play-off kejuaraan.
Coach Bojan Hodak revealed that he needed two top goalkeepers because of the long Indonesian season.
Looks like it is going to be a rotational basis between Mendoza and Teja Paku Alam. https://t.co/18P9I2rFsn
— T. Avineshwaran (@avineshW90) November 28, 2023
Saingan biasa akan berakhir pada 28 April manakala play-off kejuaraan akan bermula pada 4 hingga 26 Mei 2024.
Ini jelas menunjukkan bahawa Bojan meletakkan sasaran untuk Persib menjadi salah satu dari empat pasukan teratas sekaligus mara ke peringkat play-off.
Sejak dibimbing Bojan, Persib telah merekodkan 10 kemenangan dan ketika ini menghuni tangga kedua dalam carta liga dibelakang Borneo FC dengan perbezaan enam mata.
Prestasi cemerlang Persib ini turut dibantu ketajaman penyerang import mereka yang juga bekas pemain Terengganu iaitu David Da Silva.
Da Silva setakat ini menjaringkan 14 gol dalam saingan liga dimana beliau bersaing rapat dengan penyerang Persija, Gustavo yang musim lalu turut beraksi dalam saingan Liga Malaysia bersama Negeri Sembilan.