Liga Super 2023 – JDT vs Penang [16 Disember 2023, 5:30 PM, Stadium Sultan Ibrahim]

Saksikan siaran langsung perlawanan terakhir Liga Super 2023 antara Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Penang yang bermula pada petang ini.

Baca Juga:

Para peminat juga boleh menonton perlawanan tersebut secara percuma menerusi siaran TV Okey dan Sukan RTM.

Bagaimanapun, para penyokong tidak perlu risau jika TV anda tiada dua saluran ini kerana masih boleh menonton secara Live Streaming di laman web RTM Klik di mana sahaja anda berada.

Link Siaran langsung:

  1. TV Okey (101)
  2. Sukan RTM (111)

Siaran akan bermula pada pukul 5.00 petang sebelum sepak mula pada pukul 5.30 petang melibatkan beberapa pemain hebat daripada kedua-dua pasukan.

Selain perlawanan itu, anda juga berpeluang menyaksikan siaran langsung Majlis Penyampaian Trofi Kejuaraan Liga Super 2023 kepada JDT yang bakal cipta rekod tanpa kalah sepanjang 26 perlawanan tidak tercalar dalam kancah liga elit domestik.

Turut diadakan sambutan besar-besaran bagi menyambut sedekad dominasi kejuaraan Liga Super berturut-turut di Stadium Sultan Ibrahim.

Sambutan akan bermula sejurus selepas perlawanan liga terakhir menentang Penang FC dengan persembahan dron, pertunjukan bunga api, persembahan lampu-lampu, ‘augmented reality’,  dan banyak lagi acara.

Mereka juga turut diserikan dengan persembahan artis-artis antarabangsa seperti Vegedream, French Montana dan Jabbawockeez.

Sambutan kejayaan itu semestinya mahu diwarnai dengan kemenangan buat skuad Harimau Selatan dan pengendali pasukan itu, Esteban Solari bakal mencorak taktikal permainan ampuh apabila melayani kunjungan skuad bimbingan Akmal Rizal Ahmad Rakhli.

Adakah Penang akan lakar kejutan? Sama-sama kita saksikan.