Liga Super 2023 – Sabah vs Kedah [17 Disember 2023, 9:00 PM, Stadium Likas]

Saksikan siaran langsung perlawanan perebutan tempat ketiga Liga Super 2023 antara Sabah menentang Kedah yang bermula pada malam ini.

Baca Juga:

Para peminat juga boleh menonton perlawanan tersebut menerusi Astro di saluran Astro Arena 803. Anda perlu memiliki applikasi Astro Go atau Sooka untuk menonton di saluran ini.

Link Siaran langsung: Astro Arena (803)

Siaran akan bermula pada pukul 8.50 malam sebelum sepak mula pada pukul 9.00 malam melibatkan beberapa pemain hebat daripada kedua-dua pasukan.

Selepas mengharungi 25 perlawanan, Kedah kini mengumpul 53 mata di tempat ketiga, manakala Sabah pula berada hanya satu anak tangga di bawah Kedah dengan 51 mata.

Kedua-dua pasukan memerlukan kemenangan untuk mengesahkan tempat di tangga ketiga dan kedudukan mereka kekal jika perlawanan berakhir dengan keputusan seri.

Namun begitu, Kedah enggan kecewa lagi apabila tewas kepada Selangor 0-1 pada aksi di Stadium Darul Aman pada 2 Disember lalu yang menamatkan impian mereka memburu tempat kedua.

Sabah pula memiliki kelebihan beraksi di halaman sendiri dan mereka tekad bangkit daripada kekalahan 1-3 kepada kelab Indonesia, PSM Makassar dalam saingan Piala AFC baru-baru ini.

Pertembungan kedua-dua pasukan sudah pasti sengit hingga ke hujung perlawanan kerana masing-masing berusaha memburu kedudukan tempat ketiga.

Pasukan manakah yang akan mendapat tempat ketiga Liga Super musim ini? Sama-sama kita saksikan.