Pentadbir akaun Threads Universiti Malaya tampil minta maaf selepas memuat naik status yang dianggap stereotaip.
Admin laman Threads Universiti Malaya tersebut telah menulis: “Aku bukan Kelantan. Titik.”

Netizen kecewa Universiti Malaya tak profesional
Netizen terkejut dengan admin media sosial sebuah universiti segah UM memuat naik status yang dianggap murahan dan tidak profesional, serta tidak sensiti.
Netizen lain turut membidas tindakan admin tersebut. Mereka menganggap admin tersebut sebagai terlalu cuba mengikut trend semasa sehingga melampau batas sebagai sebuah akaun rasmi universiti awam.

Public Health Malaysia turut menyindir UM:
“Admin bukan kelantan.. tapi..
Kelebihan Kelantan Yang Tidak Disangka
Dari Sudut Kesihatan Awam
Komuniti yang rapat dan saling menjaga
Pengambilan alkohol antara terendah di Malaysia
Pengambilan buah antara tertinggi
Kekuatan nilai kekeluargaan
Indeks keselamatan & kebahagiaan antara tertinggi di Malaysia.
Titik.”

Selepas menerima kritikan hebat, Universiti Malaya tampil memohon maaf dan memadamkan hantaran kontroversi itu dan berjanji akan lebih berhati hati dalam memuat naik status di masa akan datang.
“Admin ingin memohon maaf atas sebarang ketidakselesaan yang berlaku. Hantaran terdahulu telah diturunkan bagi mengelakkan sebarang salah faham. Terima kasih atas maklum balas yang diberikan dan pihak kami akan lebih berhati-hati pada masa akan datang,” tulis UM.
