Manchester United berjaya menewaskan Arsenal di Emirates dengan kemenangan 2-3 di tempat lawan.
Arsenal terlebih dahulu di hadapan hasil gol sendiri Lisandro Martinez.
Kemudian United menyamakan kedudukan. Ia berpunca daripada kesilapan Zubimendi, di mana bola lemahnya dipintas oleh Mbeumo yang menggelecek Raya untuk gol penyamaan.
Skuad bimbingan Michael Carrick – yang menewaskan Man City sebelum ini – berjaya berada di hadapan menerusi gol Patrick Dorgu minit ke-50 selepas permainan satu dua kemas dengan Bruno Fernandes.
Arsenal berjaya menyamakan kedudukan menerusi Mikel Merino minit ke-84. Namun 3 minit kemudian, Matheus Cunha meletakkan Setan Merah di hadapan sekali lagi.
Matheus Cunha.
That's the post. pic.twitter.com/XXdmJQraFe
— Premier League (@premierleague) January 25, 2026
Tamat perlawanan, Arsenal kalah 2-3 di tangan Man United.
Arsenal kini 4 mata di ata Manchester City dalam persaingan merebut Liga Perdana Inggeris.