Drama AFCON 2026 nampaknya masih belum benar benar berakhir. Laporan oleh wartawan di Afrika menyebut bahawa, CAF kini sedang mempertimbangkan hukuman ke atas pasukan Senegal termasuk ke atas jurulatih dan pemain.
Senegal sedang disiasat kerana tindakan pemain mereka yang meninggalkan padang ketika aksi final AFCON masih berlangsung.
Pemain pemain Senegal membantah keputusan pengadil memberikan penalti pada minit akhir kepada Maghribi.
FA Maghribi kecam Senegal
Sebelum ini FA Maghribi sudah mengeluarkan kenyataan rasmi membidas tindakan pemain pemain Senegal yang dianggap tiada semangat kesukanan. Dan pada masa yang sama meminta tindakan dikenakan ke atas mereka kerana menurut FA Maghribi, ternyata penalti yang diberikan pengadil adalah tepat.
Dan tindakan pemain pemain Senegal itu dianggap merencatkan suasana permainan pada hari final itu.
FA Maghribi menulis: “Persekutuan Bola Sepak Diraja Maghribi mengumumkan bahawa, selaras dengan prosedur undang-undang yang berkuat kuasa di Konfederasi Bola Sepak Afrika (CAF) dan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), pihaknya telah memutuskan untuk mengemukakan rayuan berhubung tindakan pasukan kebangsaan Senegal meninggalkan stadium yang menjadi tuan rumah perlawanan akhir menentang pasukan kebangsaan Maghribi, serta insiden-insiden yang berlaku selepas pengadil mengesahkan sepakan penalti yang sah memihak kepada pasukan Maghribi, dengan persetujuan semua pegawai yang terlibat.
“Kejadian-kejadian tersebut telah memberi kesan besar terhadap kelancaran perjalanan perlawanan serta moral para pemain.
“Dalam perkembangan lain, Persekutuan Bola Sepak Diraja Maghribi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penyokong Maghribi yang terus setia menyokong pasukan kebangsaan melalui kehadiran yang padu serta sokongan teladan dalam semua perlawanan pasukan negara dan juga perlawanan-perlawanan lain.
“Ucapan terima kasih turut ditujukan kepada semua pihak yang telah menyumbang kepada kejayaan penganjuran kejohanan benua ini.
— FRMF (@FRMFOFFICIEL) January 19, 2026
CAF pertimbang hukuman berat ke atas Senegal
Oleh sebab itu CAF kini dalam proses akhir dalam menilai hukuman dan tindakan ke atas Senegal. Antaranya, denda sebanyak $20 juta ke atas Senegal.
CAF juga sedia untuk mengenakan tindakan berat termasuk melucutkan kejuaraan AFCON 2026 daripada Senegal. Pada masa yang sama tidak akan menyerahkan kejuaraan kepada Maghribi, jika tindakan itu diambil.
Pengurus Senegal, Pape Thiaw yang didakwa menjadi dalang insiden pemain keluar beramai ramai, berdepan hukuman penggantungan sehingga 5 tahun.
Kesemua pemain yang meninggalkan padang pada hari final tersebut, kini sedang berdepan risiko penggantungan 1 tahun. Sementara Edouard Mendy pula berdepan dengan hukuman penggantungan 2 tahun.
Ini kerana Mendy didakwa telah mengganggu titik sepakan penalti ketika pemain pemain Senegal lain meninggalkan padang.
