Salah seorang ahli politik di Maghribi meminta CAF dan FIFA menarik balik kejuaraan Senegal.

Ini kerana menurutnya, Senegal telah menggunakan ilmu hitam untuk memenangi piala tersebut.

Kem Senegal dituduh menggunakan ilmu hitam itu sebelum sepakan penalti diambil oleh Brahim Diaz – di mana pemain itu gagal menyempurnakan penalti itu.

Selain itu, ahli politik tersebut mahu pengadil yang membenarkan Senegal menyambung semula permainan agar dihadapkan ke muka pengadilan.

Mereka berharap pengadil tersebut digantung daripada tugasannya.

FA Maghribi turut mengeluarkan kenyataan mahukan perlawanan tersebut disiasat kerana menurut mereka, tindakan pemain pemain Senegal yang keluar padang, sebelum sepakan penalti Brahim Diaz, telah mempengaruhi keadaan dalam perlawanan itu.

Ianya telah mengganggu momentum pasukan Maghribi. FA Maghribi dalam kenyataannya berkata: “Persekutuan Bola Sepak Diraja Maghribi mengumumkan bahawa, selaras dengan prosedur undang-undang yang berkuat kuasa di Konfederasi Bola Sepak Afrika (CAF) dan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), pihaknya telah memutuskan untuk mengemukakan rayuan berhubung tindakan pasukan kebangsaan Senegal yang meninggalkan stadium yang menjadi tuan rumah perlawanan akhir menentang pasukan kebangsaan Maghribi, serta insiden-insiden yang berlaku selepas pengadil mengumumkan sepakan penalti yang sah memihak kepada pasukan Maghribi, dengan kelulusan semua pegawai berkaitan.

“Kejadian-kejadian ini telah memberi kesan besar terhadap perjalanan normal perlawanan serta semangat para pemain.”

Tuduhan ahli politik Maghribi tersebut agak liar. Memandangkan Senegal adalah negara majoriti Islam.

Sebelum itu, pemain Senegal, Edouard Mendy pernah menyindir pasukan Maghribi yang menurutnya telah berkali kali mencuri tualanya kerana menganggap dia memakai ilmu hitam.

Mendy berkata: “Sudah tahun 2026, masih ada lagi percaya pada ilmu hitam boleh menentukan keputusan perlawanan.

Menurut Mendy, sebagai seorang muslim, dia cuma percaya kepada kuasa Allah.

Dia menambah: “Ketika penalti diambil saya membaca ayat Qur-an dan meminta pertolongan daripada Allah. Saya menyelamatkan bola itu dan mendongak ke langit berterima kasih kepada Allah: ‘Ini kerana kebaikan kamu Allah’.”