Dalam aksi dramatik Champions League, penjaga gol Benfica Anatoliy Trubin menjadi wira apabila menjaringkan gol menerusi tandukan pada minit ke-98 untuk memastikan kemenangan 4-2 ke atas Real Madrid.

Jose Mourinho melayan kunjungan bekas pasukannya dan dikendalikan oleh bekas pemainnya ketika di Real Madrid iaitu, Alvaro Arbeloa.

Mourinho masih memiliki magisnya yang tersendiri di UCL.

Gol kemenangan lewat daripada sumber yang tidak disangka sangka itu sekaligus membantu pasukannya layak ke peringkat playoff kalah mati dan menolak Real Madrid daripada layak secara automatik ke kelompok yang sama.

Perlawanan yang berlangsung di Estádio da Luz itu terlihat Benfica seakan tersingkir walaupun mereka mendahului 3-2, selepas perlawanan hampir tamat. Di mana mereka memerlukan 1 lagi gol untuk mara menerusi peraturan perbezaan jaringan berbanding Marseille.

Marseille pula tewas di tangan Club Brugge, dalam perlawanan yang mereka wajib tidak kalah.

Pada minit akhir, Benfica diberi sepakan percuma pada masa kecederaan, Trubin yang turut naik ke zon serangan atas arahan Mourinho.

Penjaga gol itu berjaya menyambar sepakan percuma rakannya dengan kemas menerusi tandukan deras yang masuk. Gol yang diperlukan untuk mengangkat mereka ke pusingan playoff berdasarkan perbezaan gol.

Real Madrid, yang sebelum ini berharap dapat mengakhiri peringkat liga di kedudukan 8 teratas – slot untuk kelayakan automatik – terpaksa akur apabila mereka ditolak ke kelompok luar 8 teratas.

Real Madrid turut berakhir dengan hanya sembilan pemain selepas red card diberikan kepada Raúl Asencio dan Rodrygo.

Meskipun Real Madrid memiliki dua gol daripada Mbappé — yang sekali lagi menunjukkan kebolehan hebat dalam perlawanan ini — usaha mereka tidak cukup untuk menahan kebangkitan Benfica di penghujung perlawanan.

Gol dramatik oleh Trubin mencetuskan sambutan luar biasa di kalangan penyokong di stadium dan media sosial, serta di kalangan pemain dan pengurus Benfica sendiri.

Detik ini memperlihatkan keajaiban dan kepelikan dalam bola sepak di peringkat tinggi, di mana penjaga gol yang biasanya hanya bertahan di gawang sendiri, namun pada malam itu menjadi wira serangan yang menentukan nasib pasukannya.

Dengan kemenangan ini, Benfica mengesahkan tempat mereka dalam pusingan playoff Liga Juara-Juara Eropah, sementara Real Madrid harus melalui laluan playoff untuk meneruskan cabaran mereka dalam kejohanan elit ini.