Pemain tengah Manchester City, Bernardo Silva mula bermain perang psikologi dengan melaungkan amaran bahawa pasukannya sudah bersedia untuk memintas kedudukan Arsenal di puncak English Premier League (EPL) 2025/26.

Kekalahan Arsenal kepada Manchester United pada aksi sebelum ini menyaksikan The Gunners hanya berkelebihan empat mata dihadapan Manchester City.

Keadaan itu membuatkan pemain The Cityzens tersebut semakin yakin untuk terus menghambat Arsenal dalam usaha menambah satu lagi kejuaraan EPL.

Bernardo Silva Masih Percaya

“Berdasarkan pengalaman saya di England, Liverpool telah memenangi dua kejuaraan liga dan kami telah memenangi enam, jadi saya tidak pernah berpengalaman melihat Arsenal memenangi liga.”

“Namun hakikatnya, ketika ini mereka berada dalam kedudukan yang lebih baik daripada kami,” ujar Bernardo Silva menurut sumber laporan Goal.

“Saya sebelum ini mengatakan bahawa kedua-dua pasukan masih akan keciciran mata, tetapi malangnya kami memulakan tahun ini dengan prestasi yang negatif, sedangkan kami sebenarnya boleh memperoleh kelebihan emosi namun gagal melakukannya.”

“Dalam masa yang sama, mereka juga berpeluang untuk menjauhkan diri dengan lebih besar daripada kami, tetapi mereka tidak melakukannya, sekali gus memberi kami sedikit harapan.”

“Masih banyak perlawanan yang perlu dimainkan dan setiap musim adalah berbeza. Tanpa ragu, kami masih mempunyai harapan dan keazaman untuk terus bersaing merebut kejuaraan English Premier League.”

“Saya merasakan pasukan ini mempunyai potensi yang besar untuk menjadi jauh lebih baik daripada apa yang ditampilkan ketika ini, namun kami jelas berada dalam keadaan yang jauh lebih baik berbanding tiga atau enam bulan lalu.”

“Dari sudut dalaman, kami merasakan pasukan ini berkembang setiap hari dan jika kami dapat membawa kembali beberapa watak penting daripada kecederaan, pasukan ini mempunyai potensi yang sangat besar,” tambah beliau lagi.

Sumber