Baru baru ini Azhar Sulaiman berbalas komen dengan netizen di hantaran Khairul Aming yang menjelaskan bahawa Rembayung tidak akan memberikan akses ‘walk in’ yang istimewa buat tetamu VIP daripada golongan ahli politik.
Khairul Aming menegaskan bahawa dia perlu berlaku adil.
@sukahatipost Org politik pun tk boleh nk walk in .. JANGAN BUAT MAIN MAIN DENGAN KA .. #rembayung #khairulaming #KA #sambalnyet #fyppppppppppppppppppppppp
Azhar Sulaiman kemudian menyatakan bahawa dia kurang senang dengan cara Khairul Aming menjelaskan perkara tersebut.
Azhar Sulaiman yang mesra dipanggil Behar berkata: “Assalam, Behar rasa gaya kamu bercakap dan pemilihan kata kata membuatkan saya terasa hati sedikit.
“Mungkin kamu boleh cakap ianya dengan cara yang berbeza.”

Di ruangan komen netizen tidak setuju dengan komen Azhar Sulaiman. Dan mereka menyokong tindakan Khairul Aming yang dianggap berlaku adil kepada semua, tidak kira daripada golongan mana.
Azhar Sulaiman mempertahankan pendiriannya dengan berkata: “Tak perlulah spell out [menerangkan panjang lebar] kenapa tidak boleh. Cuma terangkan secara ringkas.
“Kalau duit golong VIP tiada nilai bagi KA, itu pilihan masing masing. Dalam perniagaan tak salah guna pendekatan diplomatik.
“Sekali lagi, ini bukan masalah saya, jadi selamat maju jaya kepada KA.”

Tidak lama selepas itu, Azhar Sulaiman memuat naik konten di TikTok yang dipercayai menyindir Khairul Aming.
@theazharsulaiman PR Mesti Cantik Dik Walaupun Ada Strict Rule On “No Walk In Customer” Business Owners Must Value Semua Future Customers mereka Properly Regardless…. Just Business Not Personal!
Tindakannya itu membuatkan ramai netizen agak terkejut dan tidak sangka bahawa Azhar Sulaiman bertindak sedemikian.
Ada yang menganggap Azhar Sulaiman sebenarnya tidak faham bahawa Khairul Aming sebenarnya bercakap dengan nada tegas bukannya berlagak tidak mahu menerima kemasukan orang politik atau VIP. Sebaliknya Khairul Aming mahu semua melalui proses yang sama iaitu dengan membuat tempahan atas talian.

