Debaran Piala Asia Futsal 2026 semakin memuncak pada petang ini apabila empat pasukan terbaik bakal berentap bagi memburu slot ke final.
Seperti dilaporkan sebelum ini, Iran selaku juara bertahan tidak berdepan masalah untuk melangkah ke separuh akhir.

Jepun yang merupakan juara empat kali kejohanan juga cemerlang dengan membelasah Afghanistan 6-0. Dua slot ke separuh akhir lagi diisi pasukan dari kumpulan A iaitu Indonesia dan Iraq.
Walaupun tiada kelibat pasukan Malaysia beraksi, para peminat futsal tempatan boleh menyaksikan siaran langsung saingan berprestij Asia itu di Jakarta pada petang ini.
Siaran Langsung Piala Asia Futsal 2026
Separuh Akhir Pertama
Iran lawan Iraq
Sepak mula: 4:00 petang
Separuh Akhir Kedua
Indonesia lawan Jepun
Sepak mula: 8:00 malam
Kedua-dua perlawanan bakal diadakan di Indonesia Arena, Jakarta.
Link Siaran Langsung: Astro Arena Bola (801), Astro GO

Astro Arena menjadi satu-satunya saluran televisyen tanah air yang menyiarkan siaran langsung Piala Asia Futsal 2026.
Sekiranya anda tidak berada di rumah dan mahu menyaksikannya di komputer riba mahupun telefon pintar, anda perlu memiliki aplikasi Astro Go atau langganan Sooka untuk menonton secara ‘Live Streaming’.
Selain itu, anda boleh menyaksikannya menerusi laman Youtube AFC tetapi perlu menggunakan VPN (pilih negara sesuai).

Penilaian awal di atas kertas menyaksikan Iran dan Jepun diletakkan sebagai pilihan utama untuk mara ke pentas final berdasarkan reputasi hebat dimiliki.
Namun, cabaran hebat pastinya dijelmakan Indonesia dan Iran terutamanya buat pasukan tuan rumah yang bakal mendapat sokongan padu puluhan ribu penyokong fanatik mereka.
Tambahan pula barisan pemain Indonesia diketuai Mochammad Iqbal Rahmatullah Iskandar kini berada dalam mood terbaik untuk sekali lagi melakar sejarah baharu buat buat futsal Indonesia.
Sebagai rekod, Iran memegang rekod pemenang terbanyak dalam sejarah Piala Asia Futsal selepas menjuarainya sebanyak 13 kali.