Detik penentuan semakin hampir apabila Kompleks Sukan Pahang (SUKPA), Kuantan bakal menjadi saksi perjuangan skuad futsal negara dalam memburu tiket ke Piala Asia Futsal 2026.

Seperti dilaporkan sebelum ini bagi Kelayakan Piala Asia Futsal 2026 yang akan berlangsung 20 hingga 24 September, Malaysia telah diundi dalam kumpulan mencabar bersama gergasi Asia, Iran, Emiriah Arab Bersatu (UAE) serta Bangladesh.

Baca Juga:

Beraksi di gelanggang sendiri dilihat mampu menjadi pembakar semangat buat skuad futsal negara untuk memburu tiket ke pusingan akhir yang bakal berlangsung di Jakarta pada 27 Januari hingga 7 Februari 2026.

Bagi Malaysia yang dibimbing Rakphol Sainetngam, inilah peluang terbaik untuk membuktikan kemampuan sekali gus menamatkan penantian selama tujuh tahun untuk kembali beraksi dalam Piala Asia Futsal.

Kali terakhir skuad negara beraksi dalam saingan tersebut adalah pada edisi 2018 di Chinese Taipei.

Walaupun cabaran menanti dalam kumpulan yang sukar, faktor beraksi di laman sendiri dan sokongan penyokong setia di SUKPA pastinya boleh menjadi senjata tambahan buat skuad negara.

Dengan saingan bakal bermula kurang dari 10 hari sahaja lagi, mari kita lihat lebih dekat kekuatan dan cabaran yang menanti daripada setiap pasukan dalam Kumpulan G.

Kelayakan Piala Asia Futsal 2026

Iran 

Nama Iran pasti tidak lekang dari mulut peminat futsal sekiranya bercakap tentang kuasa besar futsal di Asia.

Dengan rekod sebagai pemenang 13 kali juara Piala Asia Futsal dan berada di ranking kelima dunia, negara Asia Barat tersebut dianggap ‘benchmark’ di rantau ini.

Senarai pemain yang diumumkan Vahid Shamsaei untuk dibawa ke Kuantan juga boleh dianggap sebagai barisan terkuat mereka.

Kehadiran legenda, Hossein Tayebi bersama enam pemain dari skuad juara Piala Asia Futsal 2024 di Thailand yang masih dikekalkan dan tujuh lagi pemain terpilih juga bukanlah asing buat Iran di pentas antarabangsa.

Ia merupakan indikasi jelas bahawa Vahid yang merupakan legenda futsal Iran tidak memandang mudah saingan di Kuantan itu nanti.

Senarai pemain Iran:  Behzad Rasouli (GK), Mehdi Rostamiha (GK), Mohammad Hossein Derakhshani, Amir Hossein Gholami, Hossein Sabzi, Mehdi Karimi, Masoud Yousef, Amir Hossein Dehghani, Ali Khalilvand, Mohammad Hossein Bayzar, Moslem Oladgobad, Hossein Tayebi, Behrouz Azimi & Abolfazl Afzali

Piala Asia Futsal
Kredit Foto: 2024 Asian Football Confederation (AFC)
Emiriah Arab Bersatu (UAE)

Ini merupakan pasukan yang wajib ditundukkan oleh skuad negara pada perlawanan pembukaan nanti.

UAE mungkin tidak segah Iran dari segi reputasi kerana berada di ranking ke-103 dunia tetapi mereka kini semakin serius dalam membangunkan skuad kebangsaan dengan merekrut  Ricardo Camara Sobral atau lebih mesra dengan panggilan Cacau sebagai ketua jurulatih.

Cacau hadir dengan reputasi hebat membimbing kelab gergasi Eropah dari Kazakhstan, Kairat Almaty dan turut pernah membimbing skuad kebangsaan Iraq dan Kuwait.

Kemampuan barisan pemain UAE tak sehebat Iran tetapi seperti diketahui fizikal pemain dari Asia Barat ini mampu menjadi kelebihan buat mereka.

Melihatkan kepada prestasi semasa menjelang Kelayakan Piala Asia Futsal 2026, UAE tidaklah berada prestasi terbaik apabila menamatkan kempen Shijiazhuang International Futsal Tournament 2025 dikedudukan keenam.

Di peringkat kumpulan, UAE tewas 1-2 ditangan China dan 0-1 ketika bertemu Denmark dan seri 1-1 dengan Korea Selatan.

Satu-satunya kemenangan hadir pada pertemuan menentang New Zealand dengan 5-4 dan tewas 1-3 kepada China pada penentuan tempat ke-5/6.

Kesempatan ini perlu diambil sebaik-baiknya skuad negara untuk meraih tiga mata penuh.

Senarai awal pemain UAE – Abdulla Alkhamri, Rashed Alhanaai, Rashed Obaid, Mohammed Alressi, Abdulla Alfalasi, Hamad Al Zaabi, Hassan Alhantobi, Abdulla Alhossani, Khalid Alhammadi, Ahmed Alshehi, Mohmmed Alhossani, Hamad Albaroud, Hamad Albloushi, Khalid Mohammed, Ahmed Beshir & Ahmed Abdulla Alsaleh.

Bangladesh 

Ini merupakan pengalaman pertama buat Bangladesh beraksi dalam pentas kelayakan Piala Asia Futsal.

Untuk membentuk skuad tersebut, Persatuan Bola Sepak Bangladesh (BFF) telah mengadakan pemilihan terbuka dan melantik jurulatih berpengalaman dari Iran, Saeid Khodarahmi bagi membimbing pasukan.

Walaupun tidak mengetahui persiapan terkini pasukan, Bangladesh akan diperkuatkan dengan pemain yang berpengkalan di Kanada, Rahbar Wahed Khan.

Rahbar juga sebelum ini pernah membuat penampilan bersama skuad bola sepak Bangladesh.

Senarai awal pemain Bangladesh:  Jahid Hasan Rabbi, Naim Reza, Jannatul Nayem Parvege, Fayed Azim, Moin Ahmed, Prenchong Mro, Foayej Ahammed, Tajware Bin Kashem, Mahamudul Hasan Kiron, Touhidul Islam, Samsuddin Khan, Srabon Mehedi Shakil, Rahbar Wahed Khan, Kazi Ibrahim Ahmed, Md Tuhin, Intishar Mostafa Chowdhury dan Wazi Bin Wahab Wasty.

Ranking Semua Pasukan

1) Iran (Ke-5)

2) Malaysia (Ke-81)

3) UAE (Ke-103)

4) Pakistan (Masih belum ada ranking)