Ketua jurulatih skuad futsal negara, Rakphol Sainetngam telah mengumumkan senarai 20 pemain yang akan menyertai latihan pusat bermula 28 Ogos ini di Arena Futsal FAM, Kelana Jaya.
Senarai tersebut disahkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam satu pengumuman menerusi laman sosial badan induk tersebut sebentar tadi.
Baca Juga:
- Syahir Iqbal Khan, Dari Jejak Awal Di SMK Putera Kini Permata Berharga Futsal Negara

- Ridzwan Bakri, Kelincahannya Buat Lawan Gentar

- Khairul Effendy ‘Ayon’: Kapten, Mentor Dan Simbol Jiwa Futsal Malaysia

Seperti dijangka nama-nama besar seperti Khairul Effendy Bahrin, Syahir Iqbal Khan Akbar Khan, Ridzwan Bakri dan Awalluddin Mat Nawi menjadi pilihan pengendali kelahiran Thailand itu.
Terdapat beberapa nama baharu turut dipanggil seperti Muhamad Norakmal Norizal, Navin Das Arokiadass dan Mohd Azhar Aris.

Senarai Pemain Latihan Pusat Futsal Negara
1) Muhammad Syaifuddin Syukri Ibrahim – Selangor – Goleiro
2) Zainulzahin Sinuan – Pahang Rangers – Goleiro
3) Mohd Azhar Aris – Sabah – Goleiro
4) Muhammad Firdaus Ambiah – JDT – Fixo
5) Muhammad Aidil Shahril Rosli – Selangor – Fixo
6) Ahmad Harith Na’im Nasir – Pahang Rangers – Fixo
7) Muhammad Faris Johan – Selangor – Ala
8) Muhammad Haiqal Hasnor – Selangor – Ala
9) Mohamad Danial Abdul Dain – JDT – Ala
10) Navin Dass Arokiadass – KL City – Ala
11) Syahir Iqbal Khan Akbar Khan – Selangor – Ala
12) Mohd Khairul Effendy Mohd Bahrin – Selangor – Ala
13) Muhammad Norakmal Norizal – Pahang Rangers – Ala
14) Muhammad Saad Abdul Sani – JDT – Ala
15) Mohd Ridzwan Bakri – JDT – Ala
16) Tuah Eizlan Aminnudin – Pahang Rangers – Universal
17) Mahadir Harahap Khairuddin – JDT – Universal
18) Syed Shahrul Niezam Syed Abdul Rahim – Terengganu – Universal
19) Mohammad Awalluddin Mat Nawi – JDT – Pivot
20) Muhammad Ekmal Shahrin – JDT – Pivot

Rakphol perlu menyediakan skuad mantap apabila Malaysia bakal menjadi tuan rumah dalam Kelayakan Piala Asia Futsal 2026.
Saingan tersebut bakal berlangsung pada 20 hingga 24 September ini di Stadium Tertutup SUKPA, Kuantan, Pahang dimana Malaysia telah diundi dalam satu kumpulan bersama Iran, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Bangladesh.
Format kelayakan itu menyaksikan lapan juara kumpulan dan tujuh pasukan tangga kedua terbaik bakal beraksi di Jakarta pada Januari 2026.
Kali terakhir Malaysia beraksi dalam Piala Futsal Asia adalah pada edisi 2018 di Chinese Taipei.