Berakhirnya saingan peringkat kumpulan pada petang tadi menyaksikan slot lapan pasukan ke suku akhir acara futsal SUKMA 2026 sudah pun diketahui.

Rentak cemerlang pemenang pingat emas edisi lalu yang merupakan tuan rumah, Selangor sedikit terganggu selepas terikat 2-2 bertemu Sabah pada aksi terakhir.

Futsal SUKMA 2026: Senarai Pasukan Layak Ke Suku Akhir
Kredit Foto: Terminal Foto

Keadaan yang menyebabkan skuad kendalian Eoh Shao Yao itu mara ke suku akhir selaku pasukan tangga kedua manakala Sabah muncul juara kumpulan B.

Dua slot daripada kumpulan A pula diisi Kelantan yang berjaya menundukkan Pahang 2-0 untuk mengumpul empat mata manakala Wilayah Persekutuan pula mengiringi dengan dua mata.

Futsal SUKMA 2026: Senarai Pasukan Layak Ke Suku Akhir
Kredit Foto: Terminal Foto

Johor pula menjadi pasukan dengan pencapaian terbaik apabila meraih enam mata hasil kemenangan 5-1 ke atas Terengganu dan kemudiannya menewaskan Sarawak 8-3 untuk bergelar juara kumpulan C.

Terengganu pula melangkah selaku naib juara kumpulan selepas mengumpul satu mata. Mereka hanya dipisahkan perbezaan jaringan berbanding Sarawak ketika aksi kedua-dua pasukan pada petang tadi berkesudahan terikat 3-3.

Futsal SUKMA 2026: Senarai Pasukan Layak Ke Suku Akhir
Kredit Foto: Terminal Foto

Sementara itu, kumpulan D yang hanya diisi oleh Pulau Pinang dan Melaka menyaksikan Pulau Pinang muncul juara kumpulan selepas mencatatkan kemenangan 2-1.

Oleh kerana hanya mengandungi dua pasukan, Melaka tetap melangkah ke suku akhir walaupun gagal mengutip sebarang mata.

Sementara itu, Selangor bersama-sama Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang dan Pahang mengesahkan kemaraan ke separuh akhir SUKMA 2026 bagi kategori wanita.

Senarai Lengkap Pasukan Mara Ke Suku Akhir Futsal SUKMA 2026

Lelaki

1) Kelantan

2) Wilayah Persekutuan

3) Sabah

4) Selangor

5) Johor

6) Terengganu

7) Pulau Pinang

8) Melaka

Jadual Perlawanan 

1) Kelantan lawan Selangor – 9.00 Pagi

2) Sabah lawan Wilayah Persekutuan – 11.00 Pagi

3) Johor lawan Melaka – 2.00 Petang

4) Pulau Pinang lawan Terengganu – 4.00 Petang