Lapan pasukan yang bakal berentap pada aksi suku akhir bola sepak lelaki SUKMA 2026 sudah diketahui dengan juara bertahan, Wilayah Persekutuan tersingkir daripada persaingan.
Sabah mara selaku juara kumpulan A dengan kelebihan perbezaan jaringan berbanding naib juara, Terengganu dan Sarawak.
Pasukan pilihan, Johor dan Selangor turut melangkah selaku juara kumpulan hasil dua kemenangan diraih. Dua slot selaku naib juara kumpulan menjadi milik Pahang dan Kedah.
Sementara itu, Perak pula mengungguli kumpulan D dengan enam mata sambil diiringi Melaka.
Berikut berikutan jadual penuh perlawanan suku akhir bola sepak lelaki SUKMA 2026 yang bakal berlangsung pada petang ini:
Suku Akhir Bola Sepak Lelaki SUKMA 2026
1) Sabah lawan Pahang – Stadium UKM – 4.00 Petang
2) Johor lawan Terengganu – Stadium Bandar Baru Salak Tinggi – 4.00 Petang
3) Selangor lawan Melaka – Stadium MBPJ – 8.30 Malam
4) Perak lawan Kedah – Stadium UiTM Shah Alam – 4.00 Petang