Kalau sebut pasal KLIA, biasanya orang akan puji pasal seni binanya yang ikonik atau pilihan makanannya yang pelbagai.

Tapi baru-baru ini, seorang pelancong berkongsi satu pengalaman yang membuatkan ramai bersetuju bahawa lapangan terbang kita memang berada dalam kelas yang tersendiri dari segi kemudahan penumpang.

Bukan soal nasi lemak atau kopi mahal, tapi soal sistem menunggu Grab atau e-hailing yang sangat efisien dan “manusiawi”. Bagi sesiapa yang biasa naik Grab di KLIA, anda pasti tahu kita perlu turun ke kawasan parkir khas untuk menunggu.

Kalau dulu, kita terpaksa berdiri di tepi jalan dalam cuaca lembap dan panas sambil mata melilau mencari nombor plat kereta di celah ratusan kenderaan lain yang masuk.

Sudah pasti ia sesuatu yang sangat memenatkan apatah lagi jika membawa bagasi bersama. Tapi sekarang, pengalamannya sudah jauh berbeza. Anda tidak perlu lagi “berjemur” di luar.

Biar kamera jadi ‘mata’ anda

Apa yang menariknya, kawasan menunggu ini dilengkapi dengan sistem kamera pintar yang akan mengimbas (scan) setiap nombor plat kenderaan yang masuk ke kawasan jemputan.

Maklumat ini kemudiannya dipaparkan terus ke skrin besar di dalam ruang menunggu yang sejuk dan selesa.

Bukan setakat nombor plat sahaja, skrin tersebut siap beritahu kereta anda berada di petak (bay) mana. Jadi, tugas anda cuma duduk diam, perhatikan skrin, dan hanya keluar apabila kereta sudah betul-betul sampai di depan pintu.

Boleh jagung dalam cawan dengan tenang

Menurut perkongsian pelancong tersebut, sistem ini membolehkan mereka menikmati jagung dalam cawan dengan tenang tanpa perlu risau terlepas kereta.

Tak perlu lagi nak usung beg berat-berat ke sana sini semata-mata nak pastikan pemandu nampak kita.

Inovasi ringkas seperti inilah yang sebenarnya memberi impak besar kepada pengalaman pelancong.

Ini bukan sahaja mengurangkan kesesakan di bahu jalan, malah memberi keselesaan maksimum kepada pengguna selepas penat mengharungi penerbangan yang panjang.

@maddieandluke_travels

Kuala Lumpur Airport leading by example ✈️ Besides having some of the best airport food we have ever experienced, they had to come out with this too! When booking a Grab/Uber you need to go downstairs to their specific car park for pick ups. However, instead of waiting outside in the humid heat looking out for your car amongst hundreds of others, you can just wait inside whilst the cameras do the job for you. Scanning every number plate that enters and displaying it on the screen whilst also telling you what bay they are in means we could eat our corn in a cup and wait comfortably. Every airport needs this! What is the best airport in the world?

♬ original sound – Music

Secara jujurnya, sistem seperti ini patut dicontohi oleh semua lapangan terbang antarabangsa yang lain. Apalah gunanya teknologi canggih kalau kebajikan asas penumpang untuk menunggu dengan selesa tidak dijaga, kan?

Lepas ini, kalau anda ke KLIA, jangan lupa beli jagung dulu dan duduk tunggu Grab dengan gaya VIP!