Karim Benzema memulakan karier bersama Al Hilal dengan hatrik untuk membantu mereka menang 6-0 ke atas Al Akhdoud.
Kemenangan itu membolehkan Al Hilal menungguli carta Liga Pro Saudi – dengan 3 mata di atas Al Ahli dan 4 mata di atas Al Nassr yang akan turun beraksi hari ini.
Cristiano Ronaldo sebelum ini membantah perpindahan Karim Benzema ke Al Hilal dengan melancarkan mogok. Fabrizio Romano melaporkan bahawa pemain itu mungkin akan terus mogok untuk aksi minggu ini.
🚨 BREAKING: Cristiano Ronaldo remains OUT for Al Nassr next game vs Al Ittihad on Friday.
As revealed here on Monday; no issues with Al Nassr staff or management, no injury, no fitness problems.
Upset for PIF management with some of SPL clubs.
🎥➕ https://t.co/oDkAVFsxwu pic.twitter.com/JMbuB7OHkO
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) February 5, 2026
Ronaldo mengkritik perpindahan tersebut kerana menurutnya telah merosakkan pesaingan di dalam Liga Saudi. Ronaldo turut kecewa kerana PIF dianggap telah bersikap pilih kasih dengan melebih lebihkan Al Hilal berbanding Al Nassr.
Karim Benzema Sudah Lama Meminati Al Hilal Yang Disifatkannya Sebagai Real Madrid Asia
PIF adalah organisasi yang mengeluarkan dana 4 kelab besar di Saudi termasuk Al Hilal dan Al Nassr.
Karim Benzema cemerlang pada debut
Benzema yang menyertai Al Hilal dari Al Ittihad secara percuma, telah mengiktiraf bahawa Al Hilal ibarat Real Madrid di Asia. Ini kerana kelab itu adalah kelab yang banyak trofi dan memiliki skuad yang dibarisi ramai pemain bintang berbakat besar.
Dalam debutnya, Benzema hanya mengambil masa 64 minit untuk mencipta hatrik pertamanya untuk kelab itu.

Dua gol daripada Salem Aldawsari dan 1 gol oleh Malcom melengkapkan kemenangan besar Al Hilal ke atas pasukan di tangga kedua tercorot liga itu.
Al Nassr selepas ini akan bertemu dengan Al Ittihad. Ianya perlawanan yang pasti sukar dalam usaha CR7 mahu memenangi liga pertama bersama Al Nassr.