Hasrat Michael Carrick untuk melakar kemenangan kelima berturut turut terbantut di Stadium Olimpik London. Ini selepas Red Devils diikat oleh The Hammers dalam aksi yang mendebarkan.

Manchester United bermula dengan sangat baik, bermain taktikal bola pendek yang pantas. Namun begitu, ketumpulan di sepertiga akhir padang menghampakan mereka.

Man United hampir di hadapan menerusi rutin sepakan penjuru yang mirip dengan sepakan penjuru yang menghasilkan gol mereka sebelum ini. Namun, percubaan United dihadang bekas pemain mereka sendiri iaitu Aaron Wan Bissaka.

West Ham terlebih dahulu di hadapan menerusi gol Thomas Soucek yang menerima umpanan canti Jarrod Bowen pada minit ke-50.

United hampir menyamakan kedudukan selepas itu menerusi gol Casemiro minit ke-57. Namun semakan VAR mendapati pemain Brazil itu ofsaid. Dan gol akhirnya dibatalkan.

Pada masa kecederaan, West Ham mempersiakan dua peluang keemasan daripada serangan balas, dengan kedua dua percubaan oleh Callum Wilson dan Adama Traore dihadang oleh Leny Yorro.

Man United hampir mendapatkan gol penyemaan menerusi tandukan Joshua Zirkzee yang sedikit tersasar.

Benjamin Sesko kemudian melakukan percubaan dengan teknik yang sangat luar biasa untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-90+6.

sesko
Foto: X

Perlawanan berakhir dengan seri 1-1.

Keputusan ini menyaksikan United kekal di 4 teratas. Berada di tangga ke-4 dengan 1 mata di atas Chelsea.

Sementara West Ham berada di zon penyingkiran. Dipisahkan 2 mata daripada pasukan tangga ke-17, Nottingham Forest.