Ahli politik pembangkang Sweden, Mikael Damberg, baru-baru ini mencuri perhatian apabila membuat analogi luar biasa dengan menyamakan kerajaan Sweden dengan Tottenham Hotspur.
Kerajaan Macam Spurs?
Damberg membuat kenyataan sinis, dan video tersebut tular apabila dia dengan selamba menganggap kerajaan Sweden persis Spurs.
Damberg yang juga jurucakap ekonomi Parti Sosial Demokratik menggunakan contoh Tottenham untuk mengkritik cara kerajaan semasa mengurus ekonomi negara.
Menurut beliau, kerajaan dilihat seolah-olah berulang kali menggunakan kaedah yang sama namun hasilnya tiada. Dia menyamakan perkara itu dengan Spurs, di mana polisi yang sama digunakan setiap tahun, namun gagal mendapatkan hasil yang diharapkan.
Walaupun tidak menyebut soal trofi secara langsung, perbandingan dengan Spurs jelas membawa maksud simbolik, di mana Spurs adalah pasukan yang sering digambarkan sebagai ada potensi besar, tetapi sukar menterjemahkannya kepada kejayaan konsisten.
Damberg: ‘Sweden sedang menjadi Spurs kerana Menteri Ekonomi’
Damberg berkata: “Saya secara spontan terfikir tentang Tottenham Hotspur atau Spurs. Sebuah kelab yang paling hilang arah di England.

“Kelab yang kaya dengan stadium besar, disokong oleh kelompok besar penyokong setia, memiliki segala kriteria untuk digelar pasukan berkelas dunia.
“Di sebalik semua ini, Tottenham malah terjerumus ke dalam krisis. Mereka bergelut di kelompok bawahan liga. Hanya beberapa mata daripada zon penyingkiran.
“Bukan sebab mereka kekurangan sumber, atau kurang keuntungan, namun kerana mereka mempersia siakan peluang yang ada.
“Ini berlaku kerana mereka membuat keputusan yang tak betul, gagal berkembang dan berfikir jangka pendek. Mereka hilang arah dan goyah.
“Kelab itu juga malah digelar Spursy. Merujuk kepada, apabila kamu mendapat peluang itu kamu persiakannya dan tiada hasil.
“Puan speaker, itulah gambaran paling tepat bagaimana menteri kewangan kita mengendalikan ekonomi Sweden.
“Sweden ada kuasa, keupayaan dan sumber. Kita ada syarikat syarikat yang bagu, tenaga kerja, inovasi dan keupayaan.
SWEDISH POLITICIAN SAYS KEY TO GETTING ECONOMY BACK ON TRACK IS BY BEING LESS ‘SPURSY’
Lucas Bergvall, look away. Swedish member of parliament Mikael Damberg compared his nation’s “misdirected economic policy” to Tottenham; flush with resources, but unaware of how to use them. pic.twitter.com/wGzG6mzq9w
— Men in Blazers (@MenInBlazers) February 20, 2026
“Semua ciri ciri itu ada untuk menjadikan ekonomi Sweden subur. Namun akibat polisi ekonomi yang tiada hala tuju, kerana kekurangan berfikir jangka panjang, dan membuat keutamaan kepada perkara yang salah, kerajaan ini dalam risiko menjadikan Sweden sebagai Spursy.
“Ini tidak boleh dibiarkan! Sweden tidak boleh menjadi seperti Tottenham sama sekali. Jika parti kami mendapat mandat rakyat, Sweden tidak akan menjadi pasukan yang konsisten beraksi hambar, walaupoun ada sumber yang kuat.
“Sweden harus menjadi negara yang memanfaatkan peluang peluang yang ada, membuat keputusan bijak dan mendapatkan hasil,” tegas Damberg.