Penunjuk perasaan membakar kedutaan Sweden di ibu kota Iraq, Baghdad, pada hari Khamis lalu, menjelang rancangan sebuah kumpulan untuk membakar semula Al-Quran di Sweden.

Protes itu dianjurkan oleh penyokong pemimpin agama Moqtada Sadr yang marah dengan rancangan Sweden untuk membakar semula Al-Quran.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Kami tidak menunggu sehingga pagi, kami masuk pada waktu subuh dan membakar kedutaan Sweden,” kata seorang penunjuk perasaan muda di Baghdad kepada AFP, sebelum menjerit nama pemimpin itu.

Sementara itu, kakitangan kedutaan dilaporkan terselamat dalam kejadian itu.

Serangan itu berlaku selepas polis Sweden membenarkan perhimpunan pada Khamis di luar kedutaan Iraq di Stockholm, di mana penganjur merancang untuk membakar salinan Al-Quran serta bendera Iraq.

Media Sweden melaporkan bahawa Salman Momika, seorang pelarian Iraq di Sweden, telah menganjurkan acara tersebut.

Salwan membakar beberapa muka surat al-Quran di hadapan masjid terbesar di Stockholm pada 28 Jun semasa Eid al-Adha, hari raya yang disambut oleh umat Islam di seluruh dunia.

Insiden itu mendorong penyokong Moqtada, seorang pemimpin agama yang berpengaruh dan penentang politik di Iraq, menyerbu kedutaan Sweden di Baghdad pada hari berikutnya.

Sementara itu, kerajaan Iraq mengecam pembakaran kedutaan Sweden di Baghdad. Kementerian Luar menggesa pasukan keselamatan mengenal pasti mereka yang bertanggungjawab.

“Kerajaan Iraq telah mengarahkan perkhidmatan keselamatan yang berkaitan untuk menjalankan siasatan segera dan mengambil semua langkah yang perlu untuk membongkar insiden itu dan mengenal pasti pelakunya,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan.