Satu undang-undang yang dikenali ‘The Right to Leave to conduct a Business Operation Act’ yang diluluskan di Sweden membenarkan pekerja mengambil cuti 6 bulan untuk memulakan perniagaan sendiri. Bagaimanapun, cuti ini hanya layak dipohon untuk pekerja yang sudah bekerja sekurang-kurangnya 6 bulan dengan sesebuah syarikat.

Peluang ini diberikan kepada pekerja di negara tersebut kerana Stockholm kini telah menjadi pusat perniagaan ‘start-up’ di Eropah. Stockholm terpilih sebagai bandar pusat perniagaan start-up disebabkan kejayaan beberapa syarikat start-up yang kini terkenal di seluruh dunia. Sebagai contoh Spotify yang mula diperkenalkan pada tahun 2006, sehingga kini berjaya mencatat nilai pasaran $24.5 billion setakat tahun lepas.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Namun, cuti tanpa gaji atau tjänstledighet (dalam bahasa Sweden) ini boleh ditolak oleh majikan sekiranya pekerja yang memohon adalah pekerja yang penting dalam urusan syarikat. Perniagaan yang ingin dibuka juga perlulah berbeza daripada bisnes majikan sedia ada. Sebagai contoh jika anda bekerja dalam industri muzik, perniagaan anda perlulah selain daripada bidang muzik.

Beberapa syarikat terkenal dari Sweden seperi Skype, Minecraft, dan Mojang juga menjadi bukti kejayaan penduduk negara tersebut dalam perniagaan. Sudah pasti dengan adanya akta tersebut beberapa syarikat besar akan wujud selepas ini.