Turkiye mengecam keputusan pihak berkuasa Sweden yang meluluskan demonstrasi kecil membakar al-Quran di luar sebuah masjid di Stockholm pada hari Rabu.

Seorang pelarian dari Iraq dan penterjemahnya terlibat dalam protes pembakaran al-Quran yang dirancang di ibu negara Sweden ketika seluruh umat Islam sedang bercuti Hari Raya Aidiladha.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menurut sumber, keputusan untuk membenarkan protes itu dibuat mengikut hak kebebasan bersuara, kata polis Sweden, sambil menambah bahawa demonstrasi itu tidak menimbulkan risiko keselamatan serta-merta.

Menteri Luar Turki mengecam protes itu pada hari Rabu, menyebutnya sebagai ‘perbuatan keji’.

“Perbuatan tersebut tidak boleh diterima bagi membenarkan tindakan anti-Islam ini dengan alasan kebebasan bersuara. Untuk ‘menutup mata’ terhadap perbuatan keji itu sama seperti bersubahat dengan mereka,” kata Hakan Fidan dalam satu kenyataan.

Pengarah Komunikasi Turki, Fahrettin Altun menambah dalam ciapannya: “Kami sudah muak dan bosan untuk membenarkan Islamofobia dan kebencian berterusan terhadap agama kami di pihak pihak berkuasa Eropah terutamanya di Sweden.”

“Mereka yang ingin menjadi sekutu kami dalam NATO, tidak boleh bertolak ansur atau membenarkan tingkah laku Islamofobia dan xenofobia,” katanya.

Semasa protes itu berlaku, ada seorang penunjuk perasaan balas cuba melemparkan batu ke arah pelarian Iraq terbabit semasa dia mengoyakkan muka surat al-Quran dan akhirnya membakar kitab mulia itu. Bagaimanapun polis campur tangan dan menangkap penunjuk perasaan balas tersebut.

Sumber