Baru baru ini tular video menunjukkan pemaik pasukan Bosnia Hezergovina B-21 enggan bersalaman dengan pemain pemain dari negara haram dalam aksi kelayakan Euro B-21.

Video tersebut mengundang banyak komen. Ada yang memahami kenapa mereka tidak mahu berbuat demikian. Ada yang mengecam dan menuduh pemain pemain Bosnia sebagai membawa masuk unsur politik ke dalam bola sepak.

Kapten pasukan Bosnia, Muhamed Buljubašić akhirnya tampil bersuara. Beliau akui sengaja berbuat demikian sebagai mesej jelas kepada dunia tentang pendirian mereka.

Menurutnya, mereka tidak akan tunduk kepada negara yang mendorong dunia kepada kehinaan dan keganasan. Muhamed Buljubasic jelas sekali merujuk kepada negara haram yang berterusan melakukan penindasan dan diskriminasi ke atas negara lain.

Beliau berkata: “Sebagai kapten pasukan, sebelum perlawanan semalam, saya telah menyatakan dengan jelas bahawa tanah air dan keluarga saya tidak pernah mengajar saya untuk tunduk kepada mereka yang mendorong dunia ini ke arah kehinaan dan keganasan.

“Tujuan saya adalah untuk mencerminkan pemikiran seluruh negara saya dan apa yang dirasakan oleh setiap individu yang waras tentang situasi semasa di dunia, serta menjadi satu contoh.”