Kanada memulakan kempen mereka menentang Bosnia Hezergovina di Toronto.
Skuad bimbingan Jesse Marsch ini benar benar berani bermain dengan gaya heavy metal football berdepan pasukan dari Eropah.
Kanada membuatkan pemain pemain Bosnia Hezergovina bergelut dengan stamina untuk mengekang asakan mereka.
Kanada lebih dominan sepanjang perlawanan ini. Melakukan pressing tanpa henti walaupun pasukan mereka tidak ada pemain yang berkelas dunia, memandangkan Alphonso Davies hanya di bangku simpanan kerana belum cergas sepenuhnya.
Sejak awal mereka melakukan tekanan ke atas Bosnia. Namun Bosnia terlebih dahulu di hadapan menerusi gol oleh Jovo Lukic pada minit ke-21.
🇧🇦 Jovo Lukić has written his name into Bosnia and Herzegovina history. ⭐
The striker scored Bosnia's first World Cup goal since 2014, ending a 12-year wait for a goal on football's biggest stage. It was also his first-ever goal for the national team. 👏⚽
Bosnia are playing… pic.twitter.com/IbUAGkCHOq
— Football Tweet ⚽ (@Footballtweet) June 12, 2026
Skuad Jesse Marsch tidak panik, sebaliknya mereka terus sabar bermain dengan cara yang mereka mahukan iaitu dengan gegenpressing.
Akhirnya pada separuh masa kedua, selepas beberapa siri percubaan bahaya, Cyle Larin menyamakan kedudukan pada minit ke-78.
Pada masa kecederaan Kanada memiliki peluang keemasan menerusi ciptaan peluang dalam kotak penalti, namun percubaan Cyle Larin dihadang.
Itulah percuban terakhir dalam perlawanan ini dan kemudian wisel penamat ditiup untuk kedua dua pasukan berpuas hati dengan berkongsi 1 mata.
Apa yang pasti, Jesse Marsch benar benar berani membawa taktikal permainan yang agak ultra offensive. Mereka juga berjaya mengekang serangan balas lawan dengan berkesan.
Statistik menunjukkan Kanada memiliki 60% penguasaan bola dengan 13 percubaan ke arah gawang sepanjang perlawanan.

Ini adalah amaran kepada pasukan lain dalam kumpulan B ini bahawa Kanada tidak bermain dengan sistem permainan pasif atau bacul.
Ini adalah mata pertama Kanada di Piala Dunia, dalam sejarah bola sepak negara yang lebih terkenal dengan hoki ais itu.
Canada earn their first-ever point at the men's World Cup after a 1-1 draw vs. Bosnia and Herzegovina 🇨🇦 pic.twitter.com/fRAPIJlIFD
— B/R Football (@brfootball) June 12, 2026